Kalkulator faedah pengkompaunan untuk pelaburan sekali gus ini bertujuan membantu anda mengira nilai masa depan pelaburan apabila anda melaburkan modal pelaburan secara sekali gus dan membiarkannya untuk satu tempoh tertentu tanpa sebarang tambahan.
Dengan menggunakan kalkulator ini, anda dapat memahami bagaimana modal pelaburan asal mampu berkembang seiring dengan masa, menerusi pulangan yang diterima dengan mengambil kira kadar dividen dan kekerapan wang berkenaan terkompaun (tahunan, bulanan dan sebagainya).