Duit atau Cinta, Manakah Penentu Bahagia?
Perancangan kewangan merupakan antara ilmu paling penting yang perlu dimiliki oleh wanita kerana ia akan menentukan sejauh mana anda mampu bertahan untuk meneruskan kehidupan sekiranya berlakunya perkara luar dugaan.
Manakan tidak, sekiranya anda tidak mempunyai ilmu ini, anda mungkin tidak mempunyai tabungan sebagai sandaran jika berlaku perkara luar dugaan, anda juga mungkin tidak mampu melindungi hak diri dan anak-anak jika suami meninggal dunia atau anda mungkin teraniaya dan diperguna kerana terpaksa menanggung beban pinjaman yang bukan milik anda.
Oleh itu, usah biarkan kebergantungan terhadap pasangan menyebabkan anda alpa dan memandang ringan kepentingan ilmu dan kemahiran mengurus kewangan dengan bijak.
Untuk mendapatkan tip dan panduan bagaimana anda, sebagai wanita boleh mengurus kewangan dengan lebih baik, jomtonton Podcast ASNB Academy dalam siri terbaharu bertajuk 'Duit atau Cinta, Manakah Penentu Bahagia? 'bersama panel jemputan Puan Ieza Yusof yang juga dengan panggilan Mak Jerung (MJ).
Tip dan panduan yang dikongsikan pun mudah sahaja, jadi janganlah lepaskan peluang untuk terus menimba ilmu demi masa depan yang lebih selesa.