Ingin kira penjimatan jika anda kurangkan secawan kopi seminggu?

Lot Lidi : Mengapa Anda Perlu Berhati-hati?

lot lidi 1
ASNB
ASNB Academy

7 minit masa membaca

Memiliki rumah sememangnya menjadi impian semua, namun ramai yang terpaksa memendam hasrat itu kerana harga rumah yang kian melambung tinggi.

Namun demi menjadikan impian satu realiti, ada yang mengambil jalan mudah dengan menggunakan kaedah yang semakin semakin popular pada masa ini iaitu membeli Lot Lidi.

Lot Lidi menjadi pilihan kerana pembeli boleh memiliki sebidang tanah pada harga jauh lebih murah dan pada masa yang sama, dapat membina rumah seperti yang diiginkan.

Namun, tahukah anda membelo Lot Lidi tidak bermakna anda memiliki tanah yang dibeli?

Mengapa begitu? Ini kerana jual beli Lot Lidi sebenarnya melanggar beberapa undang-undang Kanun Hartanah yang menyebabkan pemilikannya menjadi tidak sah.

Apa itu Lot Lidi?

Lot Lidi merujuk kepada sebidang tanah yang dipecah-pecahkan sendiri oleh pemilik kepada beberapa lot yang kecil untuk dijual.

Apa itu Lot Lidi

Walau bagaimanapun, apabila membeli Lot Lidi ini, pembeli tidak akan menerima geran yang menyatakan hak milik untuk membuktikan pemilikan. Kebiasaannya mereka akan menerima surat berbentuk Surat Ikatan Amanah yang menyatakan bahawa mereka adalah pemilik tanah berkenaan.

Sebenarnya, ketiadaan pemilikan sah inilah yang menyebabkan Lot Lidi boleh dijual pada harga lebih murah berbanding jika anda membeli rumah dengan hak milik sah beserta geran dengan nama anda.

Oleh itu kerana tiada pemilikan sah, Lot Lidi tidak boleh digunakan sebagai cagaran atau diserahkan kepada waris selepas kematian anda yang membeli tanah berkenaan.

Sememangnya ini satu realiti yang menyedihkan kerana ramai sebenarnya yang telah membeli lot lidi ini teruutamanya untuk tanah-tanah yang dijual dikawasan kampung.

Apa yang sepatutnya kita fahami ialah jual beli Lot Loidi ini sebenarnya melanggar tiga undang-undang berkaitan hartanah iaitu Kanun Tanah Negara, Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 serta Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Mengapa Lot Lidi Perlu Anda Jauhi

1. Status Urusniaga Tidak Sah

Status Lot Lidi adalah tidak saha di sisi undang-undang kerana ia tidak melalui proses pembangunan tanah iaitu pecah sempadan.

Oleh yang demikian, membeli Lot Lidi sebenarnya dianggap sebagai itu dianggap sebagai urusniaga tidak sah dan ini menyebabkan pembeli berisiko kehilangan tanah atau berdepan kesukaran menjual tanah berkenaan pada masa depan.

Tanpa hak milik individu yang sah, proses jual beli Lot Lidi dianggap sebagai urusniaga 'di bawah permaidani', dan disebabkan itu, nama pembeli tidak boleh didaftarkan sebagai pemilik tanah di dalam geran.

2. Tiada Hak Milik

Memandangkan nama pembeli tidak boleh didaftarkan sebagai pemilik tanah, maka nama pembeli tidak akan tertera dalam hakmilik tanah.

Geran merupakan dokumen paling penting untuk membuktikan bahawa andalah pemilik tanah yang dibeli berkenaan, bukan orang lain.

Kebiasaanya pembeli Lot Lidi akan diberikan Surat Ikatan Amanah (Surat Pemegang Amanah) sahaja sebagai bukti pemilikan. Namun kaedah ini sebenarnya sangat berisiko kerana Surat Ikatan Amanah ini boleh dipertikaikan, dan jika timbul sebarang pertikaian, biasanya pemilik sebenar akan sentiasa menang memandangkan nama mereka masih tertera dlam geran tanah berkenaan.

Selain itu, oleh kerana tiada pemilikan sah, Lot Lidi tidak boleh dianggap sebagai sebahagian daripada harta pusaka pembeli, justeru ia tidak boleh diserahkan kepada waris, kecuali dipersetujui pemilik tanah berkenaan.

Pembeli juga berisiko kehilangan lot berkenaan bila-bila masa kerana sekiranya tanah berkenaan diambil oleh kerajaan, mereka tidak akan menerima sebarang pampasan kerana pampasan biasanya akan diberi kepada pemilik sebenar.

3. Status Tanah - Pertanian

Kebanyakan tanah yang ditawarkan sebagai Lot Lidi merupakan tanah yang berstatus pertanian, kerana saiz yang besar yang biasanya lebih daripada satu ekar.

Biasanya pemilik akan meyakinkan pembeli dengan jaminan bahawa mereka boleh membina rumah atas tanah berkenaan sementara proses menukar status dilaksanakan.

Walaubagaimanapun, proses menukar status tanah pertanian sebenarnya tidak semudah yang dijanjikan kerana terdapat sekatan tertentu terhdap tanah dengan status ini, yang mana hanya dua perlima daripada kawasan itu boleh dipindahkan kepada individu, syarikat atau institusi berkaitan.

Tanpa proses pecah sempadan dan proses menukar status tanah daripada pertanian kepada kediaman, Lot Lidi menjadi haram dan tidak sah.

Apabila seseorang mendirikan bangunan atas tanah dengan status pertanian, ia sebenarnya merupakan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 125 NLC 1965.

Untuk membeli hartanah, anda dinasihatkan untuk:

1. Mendapatkan salinan geran sebagai bukti bahawa tanah berkenaan adalah hakmilik penjual dan untuk mengesahkan butiran hartanah berkenaan. Pastikan proses tukar nama berjalan lancar dan nama anda atau pemilik lain yang anda persetujui, tertera pada geran tanah.

2. Melakukan proses Carian Tanah dengan mengesahkan status tanah dengan pihak berkuasa yang berkaitan seperti Pejabat Tanah. Adalah penting untuk menyemak status tanah sama ada kediaman, komersial, simpanan atau pertanian.

pejabat tanah

3. Jangan tergesa-gesa membuat sebarang keputusan kerana membeli tanah membabitkan keputusan kewangan yang besar. Membeli Lot Lidi hanya akan menjejaskan strategi pemilikan aset jangka panjang anda dan menyukarkan anda mewariskan tanah berkenaan kepada anak-anak anda.

Ingatlah bahawa adalah tidak berbaloi jika anda mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk membeli tanah berkenaan, namun pada akhirnya, pasangan atau anak-anak anda perlu berpindah dari rumah yang anda bina itu hanya kerana anda tidak memahami peri pentingnya mempunyai pemilikan yang sah untuk hartanah.

Sorotan

1. Lot Lidi adalah tidak sah dan tiada hak milik dikeluarkan untuk pembeli yang membeli lot berkenaan.

2. Walaupun Lot Lidi lebih murah, risiko kerugian adalah lebih tinggi dan tidak mustahil, anda kehilangan tanah berkenaan tanpa sebarang pampasan.

3. Jangan membeli Lot Lidi walau anda begitu teringan untuk memilikinya kerana tanpa pemilikan yang sah, tanah berkenaan tidak boleh diwariskan kepada pasangan atau anak-anak.

CTA Button-BlueYellow-BM