Taksiran Cukai-Panduan Mudah
Pengenalan
Cukai pendapatan adalah salah satu dari sumber pendapatan kerajaan, adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat Malaysia untuk memaklumkan kepada kerajaan Malaysia pendapatan masing-masing serta jumlah cukai yang mereka wajib bayar setiap tahun.
Setiap tahun biasanya pada bulan Oktober Menteri Kewangan akan membentangkan bajet bagi kerajaan Malaysia.
Semasa pembentangan bajet tersebut biasanya kerajaan akan mengumumkan pelbagai inisiatif kerajaan serta faedah yang akan ditawarkan kepada setiap rakyat selain pembangunan yang akan dilakukan pada tahun yang akan datang.
Bagi pendapataan pada tahun 2023, Menteri Kewangan telah menyatakan bahawa pendapatan dari dividen yang diterima dari Amanah Saham Bumiputra (ASB) adalah terletak dalam senarai pendapatan yang mendapat pengecualian cukai. Dalam masa yang sama juga kerajaan akan mengumumkan berkenaan insentif cukai yang ditawarkan kepada setiap golongan masyarakat Malaysia.
Ketika inilah Menteri Kewangan akan mengumumkan satu persatu insentif cukai terutamanya cukai pendapatan individu.
Antara insentif yang ditawarkan untuk pembayar cukai individu pada tahun 2023 adalah pelepasan cukai individu.
Tujuan pelepasan cukai individu ditawarkan kepada setiap pembayar cukai adalah agar ianya dimanfaatkan oleh pembayar cukai untuk membelanjakan setiap Ringgit pendapatan mereka kepada perbelanjaan tertentu.
Pelepasan Cukai Pendapatan Individu
Pendapatan setiap individu di Malaysia hendaklah dimaklumkan kepada pihak berwajib iaitu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Dalam melakukan deklarasi pendapatan individu, setengahnya melakukan dekalarasi pendapatan bersama biasanya pada pasangan yang telah berkahwin dan hanya satu dari pasangan sahaja yang berkerja dan menghasilkan pendapatan.
Bagi pasangan yang kedua-duanya berkerja dan menghasilkan pendapatan, biasanya kedua-duanya akan melakukan deklarasi cukai pendapatan secara berasingan kerana biasanya pelepasan cukai yang dibenarkan oleh LHDN akan lebih membantu mengurangkan jumlah cukai yang dibayar dengan lebih banyak lagi sebegini.
Pelepasan Cukai Pendapatan pada 2023 kepada setiap Rakyat Malaysia (mereka yang layak dianggap sebagai residen kerana berada dalam negara Malaysia dalam tempoh tertentu) terbahagi kepada kategori seperti berikut:
Strategi Percukaian Individu
Dengan merujuk kepada jadual pelepasan cukai yang dinyatakan di atas, setiap rakyat Malaysia boleh merancang percukaian peribadi dengan lebih efektif dan efisien lagi.
Setiap dari rakyat Malaysia boleh merancang pada awal tahun selepas pembentangan belanjawan oleh Menteri Kewangan untuk merancang setiap ringgit untuk perbelanjaan yang mana satu yang lebih bail untuk memaksimakan pelepasan cukai.
Contoh bagi seseorang yang belum melakukan sumbangan kepada KWSP kerana mereka berkerja dalam ekonomi GIG (seperti e-hailing), dapatlah mereka memulakan sumbangan kepada KWSP, PRS atau SSPN.
Sumbangan yang dilakukan tersebut akan membantu mengurangkan jumlah pendapatan bercukai mereka sekaligus mengurangkan pembayaran cukai tahunan mereka setiap tahun.
Selain di atas, contoh untuk pasangan yang mempunyai anak-anak dan ibu bapa pula membolehkan mereka mengambil kira setiap ringgit yang dibelanjakan untuk pembiayaan tadika anak-anak atau perbelanjaan perubatan ibu bapa yang biasanya telah berumur sudah tentu dapat mengurangkan beban cukai pendapatan mereka.
Selain daripada pelepasan cukai yang di bincangkan di atas, setiap individu muslim yang membayar zakat juga berpeluang untuk mendapatkan potongan dari jumlah cukai yang patut dibayar yang dinamakan sebagai rebat bagi keseluruhan jumlah zakat yang dibayar kepada pusat pungutan zakat negeri-negeri di Malaysia.
Kesimpulan
Cukai pendapatan adalah satu tanggungjawab murni setiap rakyat Malaysia, namum begitu ianya bukanlah sesuatu yan membebankan kerana ianya hanyalah wajib kepada mereka yang layak untuk membayar cukai pendapatan sahaja.
Walaupun mereka adalah layak membayar cukai pendapatan, mereka juga diberikan pelepasan-pelepasan tertentu yang banyak untuk digunakan terhadap perbelanjaan yang pastinya akan menambahkan kebaikan kepada diri pembayar cukai serta ahli keluarga mereka seperti melanjutkan pelajaran dan simpanan pelajaran anak-anak selain pembiayaan perubatan serta insurans/takaful.
Bersama-samalah kita teruskan kewajipan kita setiap tahun dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai yang bertanggungjawab.