Melabur Walau Poket Menipis: Ini Caranya
609 tontonan
10 suka
Program : Sembang-sembang ASNB 2023 / Episod 10 Tiada Tabungan: Barang Mahal atau Gagal Rancang Kewangan
Kenaikan harga barang terutamanya beras, ayam, minyak masak dan telur sememangnya telah menggugat dompet pengguna yang kian hari kian menipis kerana perlu mengenepikan lebih banyak wang untuk keperluan.
Adakah peningkatan harga barangan ini sewajarnya menjadi alasan untuk kita tidak menabung dan melabur? Jom dengarkan penjelasan daripada Ybhg. Datuk Wira (Dr.) Hj Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad mengenai bagaimana cara kita boleh mengurus perbelanjaan dengan lebih bijak, dan pada masa yang sama, mempunyai tabungan kecemasan.