Ingin kira penjimatan jika anda kurangkan secawan kopi seminggu?

Selesa Bersara

selesa-bersara-secret-retire-comfortably
ASNB
ASNB Academy

6 minit masa membaca

Isu persaraan sering dipandang ringan oleh masyarakat menyebabkan kebanyakan rakyat negara ini tidak mempunyai persediaan yang cukup untuk melalui hari-hari persaraan dengan tenang dan selesa.

Statistik Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dilaporkan baru-baru ini menunjukkan bahawa daripada 6.7 juta pencarum aktif, 65 peratus daripadanya mempunyai caruman kurang RM50,000.

Ini bermakna, dengan anggaran jangka hayat sekitar 75 tahun, mereka yang bersara dengan caruman kurang RM50,000 ini hanya boleh berbelanja sekitar RM277.00 sahaja setiap bulan sementara mereka masih hidup.

Adakah ia mencukupi? Sudah pasti tidak kerana dalam persekitaran ekonomi hari ini, kita memerlukan lebih daripada itu untuk meneruskan hidup. Paling membimbangkan kos sara hidup pada masa depan mungkin lebih tinggi berbanding sekarang kerana inflasi.

Ada juga yang kehabisan wang caruman KWSP yang diterima apabila bersara dalam tempoh kira-kira 5 hingga 7 tahun sahaja selepas persaraan kerana wang yang ada tidak cukup untuk menampung kehidupan mereka dan keluarga atau digunakan untuk perkara lain.

Ada banyak sebab mengapa duit KWSP boleh habis dengan pantas, dan antaranya termasuklah pesara menggunakannya untuk menampung kehidupan seharian tetapi terlupa untuk memastikannya terus menjana pendapatan.

Satu lagi kesilapan ialah pesara tidak mempunyai sumber tabungan selain KWSP, menyebabkan pergantungan yang terlalu tinggi terhadap wang caruman yang diperoleh itu.

Justeru bagaimana memastikan kita mempunyai simpanan yang cukup bukan saja untuk bersara dengan selesa, tetapi pada masa sama, dapat menikmati kehidupan masa kini.

Jawapannya ialah mula melabur dari hari pertama bekerja, mengurus kewangan dengan bijak ketika bekerja dan terus mengurusnya dengan betul selepas bersara.

comfortable-retirement-persaraan-selesa

Ketika Bekerja

Melabur dari Gaji Pertama

Persaraan memerlukan jenis pelaburan jangka panjang yang berisiko rendah atau sederhana. Melaburlah secara konsisten, katakan RM100 setiap bulan. Jika bermula lebih awal, anda mempunyai keanjalan untuk melabur mengikut kemampuan.

Antara pilihan terbaik untuk pelaburan jangka panjang ialah unit amanah seperti ASB dan ASB2. Disiplin diri akan membolehkan anda membina tabungan persaraan yang kukuh.

Ambil Perlindungan Risiko (insurans)

Ambil insurans/takaful untuk melindungi diri daripada perkara luar dugaan. Sekiranya sakit atau kehilangan upaya, insurans/takaful akan membiayai keperluan perubatan dan membayar pampasan yang setara.

Dengan cara ini, tabungan persaraan tidak perlu digunakan. Jika sudah berkeluarga, pastikan  pasangan dan anak-anak turut dilindungi.

Sumbangan Majikan

Dalam kerjaya, selain gaji, faktor seperti manfaat perubatan dan caruman majikan dalam KWSP perlu diberi perhatian apabila memilih majikan. Peratusan caruman KWSP, walau hanya satu peratus perbezaannya berbanding majikan lain, akan memberi perbezaan besar dalam jumlah caruman KWSP apabila bersara kelak kerana tempoh pelaburan yang panjang.

Melangsaikan Semua Pinjaman

Pinjaman rumah, kad kredit  atau apa sahaja pinjaman lain sebaiknya sudah dilangsaikan sebelum anda bersara. Ini akan mengurangkan jumlah wang yang perlu dibelanjakan setiap bulan.

Selepas Bersara

Laburkan Semula Wang KWSP

Wang caruman KWSP yang diterima mestilah dilaburkan semula untuk menjana pendapatan pasif yang berterusan. Antara destinasi pelaburan yang sesuai ialah unit amanah berisiko rendah seperti ASB.

Ketika di usia emas, anda memerlukan pelaburan yang kurang berisiko untuk memanjangkan talian hayatnya. Paling penting, pendapatan daripada pelaburan dalam ASNB dikecualikan daripada cukai pendapatan.

Pelaburan RM50,000 dalam instrumen pelaburan dengan pulangan purata tahunan 7 peratus, mampu menjana pendapatan pasif tahunan sebanyak RM3,500 atau kira-kira RM290.00 sebulan.

Elakkan Berbelanja untuk Perkara Tidak Perlu

Sebaiknya elakkan daripada membesarkan rumah, membiayai perkahwinan anak atau menceburi bidang perniagaan dengan wang KWSP yang diterima.

Perkara berkenaan merupakan antara sebab utama pesara kehabisan wang dengan pantas. Malah ada pesara yang kehilangan semua wang KWSP kerana terlibat dalam perniagaan sedangkan mereka tiada pengalaman dan kemahiran.

Pendapatan Tambahan

Kemahiran lembut (soft skill) dalam bidang penulisan, penterjemahan, seni dan sebagainya boleh menjadi sumber pendapatan tambahan. Mungkin sebelum ini anda tidak berkesempatan mengembangkan bakat anda, waktu persaraan adalah waktu terbaik untuk memulakannya.

Memulakan pelaburan kini lebih mudah di myASNB. Untuk maklumat lanjut layari https://www.myasnb.com.my/.

CTA Button-BlueYellow-BM