Ingin kira penjimatan jika anda kurangkan secawan kopi seminggu?

Scammer : Adakah Anda Mudah Jadi Mangsa?

scam
ASNB
ASNB Academy

9 minit masa membaca

Kita kini berada dalam era digital yang mana sebahagian besar transaksi dan urusniaga boleh dilakukan secara dalam talian dengan menggunakan telefon bimbit atau komputer sahaja.

Jika anda perasan, dengan perkembangan e-wallet, aplikasi urusniaga (Apps) dan perbankan internet, telefon bimbit telah menjadi 'beg duit' kita dan semua kemudahan ini sebenarnya hanya dilindungi oleh kata laluan sahaja.

Seiring dengan pelbagai kemudahan yang semakin canggih dan mudah, maka semakin pantas juga meningkatnya jenayah siber dan scam yang memanipulasi emosi dan data peribadi untuk menipu mangsa.

Kemudahan pemindahan wang secara dalam talian merupakan antara laluan utama scammer menipu mangsa kerana ia mudah dilakukan dan tidak memerlukan verifikasi pihak ketiga. Justeru ramai yang diam sahaja apabila menjadi mangsa.

Memahami ‘Scam

Scam’ merupakan individu atau sindiket penipuan kewangan yang melakukan pelbagai taktik seperti ‘phishing’ atau pancingan, peluang pelaburan palsu, ‘love scam’, macau scam dan parcel scam. Kebiasannya mereka melakukan penipuan secara dalam talian atau menerusi panggilan telefon, tetapi ada juga secara berdepan.

scammer alert

Cara Kenali ‘Scam

Scammer melakukan pelbagai cara untuk menipu mangsa, antaranya menawarkan peluang pelaburan palsu, menghantar maklumat dengan pautan dan kandungan palsu menerusi emel dan sosial media dan aplikasi komuniasi seperti, menakutkan mangsa dengan tuduhan palsu dan macam-macam kaedah lain dengan tujuan untuk mencuri duit mangsa.

Berikut ialah antara kaedah yang sering digunakan:

1. Phishing

Penipu menghantar e-mel atau mesej palsu dengan menggunakan nama organisasi tertentu, contohnya bank atau pihak insurans. Kandungan email ini akan mengarahkan mangsa mengisi maklumat peribadi dan menggunakan ayat seperti mengemaskini maklumat, akaun akan ditutup dan tidak boleh diakses. Kebimbangan berdepan masalah seringkali menyebabkan mangsa mengisi maklumat yang diminta tanpa menyemak kesahihan laman web atau penghantar emel atau mesej berkenaan.

2. Skim Pelaburan Palsu

Penipu menjanjikan pulangan tinggi, contohynya 20% keuntungan dalam masa seminggu. Antara punca mangsa dengan mudah tertipu ialah sikap tamak mangsa sendiri yang mengejar pulangan tinggi tanpa menyemak latar belakang syarikat atau individu yang menawarkan pelaburan berkenaan. Malah, lebih menakutkan lagi, Assisten Supt Bukit Aman Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Rahmat Fitri Abdullah berkongsi bahawa Malaysia kini menyaksikan tren baru dalam penipuan berasaskan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence). Modus operandi mereka ialah mengambil rakaman berita sebenar dan kemudiannya mengubah klip audio untuk mencapai tujuan tertentu, seperti menghasilkan berita positif tentang peluang pelaburan untuk mendapatkan kepercayaan mangsa.

4. Macau Scam

Mangsa ditakutkan dan diugut kerana didakwa telah melakukan jenayah. Untuk mengelak daripada didakwa mangsa perlu membayar sejumlah wang tertentu kepada pemanggil.

Untuk mengelak mangsa berasa ragu, mereka akan disambungkan dengan nombor palsu pegawai polis atau pihak berkuasa lain untuk bercakap dengan pegawai bertugas yang akan meyakinkan mangsa bahawa jenayah telah berlaku.

3. Scam Medial Social

Taktik ini melibatkan pemalsuan dan salah guna maklumat individu atau organisasi untuk mendapatkan kepercayaan dan memanipulasi mangsa. Scammers biasanya akan menggunakan profil media sosial palsu untuk menawarkan produk atau perkhidmatan yang tidak wujud. Apabila apabila mangsa selesai membuat bayaran, akaun media sosial atau nombor telefon yang digunakan sebelum ini, telah dipadam atau nombor mangsa disekat daripada membuat panggilan.

4. Scam Hadiah / Parcel

Biasanya mangsa dimaklumkan bahawa mereka telah memenangi hadiah dalam peraduan tertentu, namun untuk mendapatkan hadiah berkenaan, ada caj yang terlibat dan mangsa perlu melunaskan caj berkenaan. Biasanya mangsa sanggup membayar untuk mendapatkan hadiah berkenaan kerana dijanjikan dengan hadiah yang menarik.

5. Scam Pekerjaan dan Pinjaman

Ramai juga menjadi mangsa apabila ditawarkan tawaran bekerja atau pinjaman wang palsu yang mana mangsa perlu menyediakan wang deposit untuk mendapat kerja yang ditawarkan atau untuk mendapatkan pinjaman.

Langkah Kecil Elak Jadi Mangsa

Kaedah paling mudah untuk mengelak menjadi mangsa ialah sikap ambil tahu dan berhati-hati apabila berurusan dengan mana-mana pihak yang tidak kita kenali kerana scammer sebenarnya memanipulasi emosi kita untuk menjadikan kita sebagai mangsa. Ketakutan dan tamak merupakan dua emosi utama yang dimanipulasi penipu sehingga kita kadangkala bersikap diluar kawapan. Berikut beberapa tip untuk lindungi diri anda:

1.     Sahkan Sumber

Sebelum berkongsi sebarang maklumat peribadi, kewangan atau perbankan, anda mesti mengesahkan status emel atau individu yang menghubungi anda. Ini boleh dilakukan dengan menghubungi organisasi berkenaan atau melawat laman web mereka untuk kepastian mengenai sebarang kempen atau peraduan yang dijalankan. Sekiranya anda dituduh melakukan jenayah, anda dinasihatkan menghubungi polis dengan segera untuk membuat pengesahan mengenai tuduhan yang dikemukana. Jangan takut jika anda tidak pernah membuat sebarang aktiviti jenayah.

2.     Berhati-hati

Jika boleh, elakkan daripada menjawab panggilan daripada nombor yang tidak dikenali. Jika benar-benar penting, individu ini akan juga menghubungi anda menerusi aplikasi chat atau message. Sekali lagi diingatkan, jangan dengan mudah berkongsi maklumat peribadi seperti kad pengenalan, tarikh lahir dan alamat rumah dengan mana-mana pemanggil yang tidak dikenali. Jika ada percakapan berbaur ugutan, letak telefon dengan segera dan sekat nombor pemanggil.

3.     Lindungi Maklumat Peribadi

Elakkan berkongsi maklumat peribadi di media sosial kerana media sosial merupakan lubuk utama scammer mendapatkan maklumat anda. Tarikh lahir anda, anak dan pasangan, alamat rumah dan nombor kad pengenalan merupakan antara maklumat yang sering digunakan untuk membina kata laluan kerana ia mudah diingati, namun jangan terkejut kerana ia juga merupakan faktor utama mengapa anda mudah menjadi mangsa.

Ini kerana scammer menggunakan semua maklumat yang anda kongsikan ini sebagai sumber data untuk meneka kata laluan anda.

4. Elakkan Guna Maklumat Peribadi sebagai Kata Laluan

Oleh itu, adalah lebih baik jika anda tidak menggunakan maklumat peribadi sebagai kata laluan kerana ia amat mudah diteka oleh scammer. Scammer biasanya mempunyai peralatan canggih yang boleh mengenalpasti algoritma tertentu untuk mendapatkan kata laluan anda menggunakan maklumat penting berkenaan.

Pastikan anda menggunakan kata laluan yang rumit dan sukar diteka untuk melindungi diri daripada menjadi mangsa.

password

4.     Kaji Pelaburan

Sebelum melabur, kaji dahulu syarikat dan individu yang menawarkan peluang berkenaan. Anda juga boleh menyemak di laman web Bank Negara Malaysia untuk senarai syarikat yang telah disenarai hitam. Ambila masa untuk meneliti maklumat yang diberikan, buat semakan dan perbandingan dan jika mampu, dapatkan nasihat profesional sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan.

Usah biarkan sikap tamak menguasai diri kerana secara logiknya, tiada pelaburan mampu memberi pulangan 20-30% dalam masa sehari dua. Pilih syarikat pelaburan seperti ASNB yang menawarkan ASB untuk peluang pelaburan yang legit dan diiktiraf kerajaan.

5.     Peka dengan Perkembangan Semasa

Penting bagi individu untuk mengikuti tren penipuan terkini dan mendidik diri dengan taktik yang biasa digunakan oleh penipu. Selain itu, anda boleh kongsi maklumat dengan rakan dan keluarga untuk bantu melindungi mereka daripada menjadi mangsa penipuan.

Apa Perlu di Lakukan Jika Anda Menjadi Mangsa?

Tahukah anda lebih separuh daripada mangsa penipuan di Malaysia tidak mendapatkan bantuan dari pihak berkuasa? Jadi, jika anda atau seseorang yang anda kenali telah menjadi mangsa penipuan scammers atau telah menghadapi aktiviti yang mencurigakan, pastikan ia dilaporkannya kepada pihak berkuasa, seperti Pusat Respons Scam Kebangsaan (National Scam Response Centre, NSRC). Anda boleh hubungi  NSRC di talian 997 antara jam 8 pagi dan 8 malam dalam tempoh 24 jam jika anda mengesyaki telah menjadi mangsa penipuan.

Pastikan juga anda laporkan kepada polis di balai polis terdekat supaya siasatan rasmi akan dimulakan. Kes penipuan dan ‘scam’ masih meningkat disebabkan oleh taktik yang semakin canggih digunakan oleh scammers.

Sikap tidak ambil tahu boleh menyebabkan kita menjadi mangsa dengan mudah sedangkan kita hanya perlu mengambil beberapa langkah kecil untuk melindungi diri dan data peribadi kita. Hanya kita yang mampu melindungi diri sendiri.

CTA Button-Blue Gradient