Ingin kira penjimatan jika anda kurangkan secawan kopi seminggu?

RIA: Penilaian Prestasi Portfolio – Jun 2024

Ria Updates-Blue
ASNB
ASNB Academy

4 minit masa membaca

Sepanjang Jun 2024, portfolio berisiko lebih tinggi terus meningkat seiring dengan prestasi pasaran ekuiti yang lebih kukuh.

Portfolio Sangat Agresif naik 3.22% dari bulan Mei, didorong oleh pulangan kukuh sebanyak 4.57% daripada dana ASN Equity Global.

Portfolio Sangat Konservatif pula meningkat 0.55% sejajar dengan risikonya yang lebih rendah.

Semua portfolio Ria memberi pulangan positif pada Jun kerana semua di dalam portfolio menyaksikan keuntungan bulanan yang positif.

Ulasan Pasaran – Jun 2024

Sepanjang Jun 2024, pasaran saham meningkat walaupun kadar inflasi kekal tinggi dan isyarat ekonomi adalah bercampur-campur.

Pasaran ekuiti di negara-negara maju meningkat sebanyak 2.8%, diterajui oleh syarikat-syarikat besar, manakala saham-saham kecil yang sensitif terhadap kadar faedah dan dana-dana pelaburan hartanah menghadapi kesukaran.

Saham teknologi AS, terutamanya yang terlibat dengan kecerdasan buatan (AI), menunjukkan prestasi yang kukuh.

Ekuiti Eropah bergolak disebabkan kebimbangan pilihan raya di Perancis, tetapi ekuiti Asia tidak termasuk Jepun bermanfaat daripada sokongan sektor hartanah di China dan prestasi kukuh pasaran Taiwan.

Pendekatan Federal Reserve yang masih mengekalkan kadar faedah berbeza dengan European Central Bank yang mula memotong kadar pinjaman pada bulan lepas, mencerminkan keadaan ekonomi global yang berbeza-beza. Walaupun terdapat beberapa halangan, momentum pasaran keseluruhan masih positif.

Nasihat RIA – Kuasa Pelaburan Jangka Panjang yang Konsisten

Faktor kejayaan utama untuk pelaburan jangka panjang adalah melabur secara konsisten. Dengan kerap melabur dalam portfolio terpelbagai, pelabur boleh memanfaatkan faedah pertumbuhan pengkompaunan.

Strategi ini bukan sahaja mengurangkan kesan turun naik pasaran tetapi juga memupuk pengumpulan kekayaan yang stabil dari semasa ke semasa. Dengan menekankan kesabaran dan disiplin, pendekatan ini sejajar dengan prinsip bahawa masa dalam pasaran akan mengatasi meneka (timing) pasaran.

Pelaburan yang konsisten, tanpa mengira keadaan pasaran, membuka jalan kepada kestabilan dan pertumbuhan kewangan.

Latar Belakang RIA

Ria adalah aplikasi pelaburan automatik daripada ASNB yang dilesenkan melalui rangka kerja Pengurusan Pelaburan Digital (DIM) oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Ria berfungsi menggunakan algoritma dan Teori Portfolio Moden untuk membentuk dan menguruskan portfolio pelaburan secara peribadi.

Setelah meneliti profil risiko dan pelaburan pilihan, Ria memperuntukkan pelaburan anda di dalam pelbagai dana unit amanah saham ASNB, dengan tujuan untuk mencapai pulangan yang optimum dengan risiko yang minimum.