Ingin kira penjimatan jika anda kurangkan secawan kopi seminggu?

Ria Terus Berkembang, Portfolio Lebih Pintar

Ria komposisi portfolio BM
ASNB
ASNB Academy

4 minit masa membaca

Dunia sentiasa berubah, dan pasaran saham tidak pernah berhenti. Begitu juga dengan portfolio ia Ria anda. 

Kami telah mengemas kini Anggaran Pasaran Modal (atau Capital Market Assumptions, CMA) – iaitu pandangan pasaran modal jangka panjang yang kami gunakan untuk membina portfolio anda. Kemas kini ini mengambil kira trend pasaran terkini, perubahan ekonomi, serta jangkaan terhadap kadar inflasi dan kadar faedah. 

Apakah Maksud Anggaran Pasaran Modal? 

Anggaran ini membantu kami mengambil kira pulangan dan risiko bagi pelbagai kelas aset – seperti ekuiti dan sukuk – dalam membentuk portfolio anda. CMA ibarat GPS untuk portfolio anda, membimbing kami untuk padankan pelaburan anda dengan tahap risiko yang anda pilih – sama ada konservatif atau agresif. 

Apa Yang Berubah? 

Anda mungkin perasan sedikit perubahan dalam peruntukan portfolio anda - terutamanya dalam ASN Ekuiti Global, ASN Ekuiti Malaysia, dan ASN Sukuk. Tapi jangan risau, portfolio anda masih sejajar dengan tahap risiko yang anda pilih. 

Kami hanya membuat pelarasan yang bijak dan tepat pada masanya supaya portfolio anda kekal kukuh dan bersedia menghadapi masa depan. 

Perbandingan Sebelum & Selepas 

Kami telah menyusun semula peruntukan portfolio untuk memastikan keseimbangan antara potensi pulangan dan tahap risiko. Anda boleh lihat perubahan ini dalam jadual yang disediakan: 

Apa Yang Anda Perlu Buat? 

Tiada tindakan diperlukan. Kemas kini ini telah pun diterapkan secara automatik ke dalam portfolio Ria anda. Semuanya masih selaras dengan objektif pelaburan jangka panjang anda. 

Kenapa Perubahan Ini Penting? 

Pasaran berubah, dan pelaburan jangka panjang perlu menyesuaikan diri. Dengan mengemas kini anggaran kami, kami membantu portfolio anda kekal relevan dengan keadaan semasa dan peluang masa depan. 

Teruskan Momentum, Teruskan Pertumbuhan 

Nak manfaatkan kemas kini ini sepenuhnya? Teruskan melabur secara konsisten. 

Jika anda belum lagi, pertimbangkan untuk aktifkan Auto Labur. Ia membantu anda melabur secara berterusan tanpa perlu risau tentang turun naik pasaran - dan membina kekayaan anda secara stabil dari masa ke masa. 

Kerana bila portfolio Ria anda bergerak ke arah yang betul, masa depan anda akan jadi lebih kukuh.