Silap Perhitungan, Nasib Baik Ada Jalan Pulang
Kekesalan berpanjangan menghantui kehidupan Encik Hanif Loid sepanjang menanggung hutang luar kemampuan. Beliau pernah hilang arah dan memencilkan diri kerana malu dengan masalah yang tercipta akibat keegoan dan keyakinan keterlaluan bahawa kekayaan sudah berada dalam genggaman.
Perniagaan MLM yang kononnya menjanjikan pulangan lumayan menyebabkan beliau lupa membuat pertimbangan sewajarnya apabila mengambil pinjaman, hinggakan beliau akhirnya terjerat dalam bebanan hutang luar kemampuan.
Kemuncak kekesalan tiba apabila ibubapanya turut diganggu pemberi hutang hinggakan mereka terpaksa mengeluarkan simpanan masing-masing untuk melangsaikan hutang yang ada.
Bagaimana Encik Hanif akhirnya berjaya menyusun semula kehidupan dan kewangan beliau selepas berada pada titik terendah dalam kehidupan?
Bagaimana beliau akhirnya menemui jalan pulang?
Jom dengarkan perkongsian Encik Hanif Loid yang poastinya menginsafkan dalam podcast ASNBAcademy.