Ingin kira penjimatan jika anda kurangkan secawan kopi seminggu?

Ria : Penilaian Prestasi Portfolio

Ria Updates-Blue
ASNB
ASNB Academy

6 minit masa membaca

Latar Belakang

Ria merupakan penasihat pelaburan robo yang berkeupayaan mengurus pelaburan secara automatik bergantung kepada porfolio pilihan anda.

Pada masa ini, Ria menawarkan 6 portfolio pilihan bermula dari paling konservatif hingga sangat agresif yang dikategorikan berdasarkan tahap risiko yang perlu ditanggung dan pulangan yang diinginkan pelabur.

Ria berbeza berbanding penasihat robo yang lain kerana portfolio yang ditawarkan terdiri daripada dana unit amanah saham ASNB, yang mempunyai fokus pada ekuiti Malaysia dan ekuiti global serta sukuk (bon Islam).

Ria dilancarkan secara rasmi pada Mac lalu dan boleh dilanggan di aplikasi myASNB

Prestasi Portfolio RIA –Mei 2024

Pada Mei 2024, prestasi portfolio berbeza-beza mengikut tahap risiko dan peruntukan dana.

Portfolio Sangat Konservatif mencatatkan pulangan sebanyak 0.78%, dipengaruhi oleh pulangan stabil tetapi sederhana daripada ASN Sukuk sebanyak 0.73%.

Semakin tinggi tahap risiko, semakin tinggi pulangannya: portfolio Sederhana Konservatif mencatatkan pulangan 1.30%, Sederhana 1.79%, Sederhana Agresif 2.34%, Agresif 2.85%, dan Sangat Agresif 3.22%.

Pulangan lebih tinggi dalam portfolio lebih agresif didorong oleh peruntukan besar kepada ASN Equity Malaysia (4.65%) dan ASN Equity Global (2.37%), dengan ASN Equity Malaysia memberikan pulangan tertinggi pada bulan lepas.

Ria - Mei 2024 Malay Version-01

Ria - Mei 2024 Malay Version-02

Ulasan Pasaran – Mei 2024

Ekonomi AS menunjukkan prestasi kukuh pada Mei 2024, dengan indeks utama mencapai paras tertinggi. S&P 500 naik 5%, manakala Nasdaq naik 8.5%, didorong oleh Nvidia. Pasaran global menghadapi kebimbangan tentang kadar faedah pinjaman, dan ini menjejaskan pasaran Jepun dan China.

FTSE 100 mencatat pertumbuhan marginal, manakala Euro Stoxx 600 meningkat lebih 2%. Fed (bank pusat AS) memberi isyarat kenaikan kadar faedah pinjaman jika perlu, tetapi pasaran menjangkakan dua pemotongan kadar sepanjang 2024.

Pasaran UK dan Eropah menghadapi kebimbangan inflasi dan ketidakpastian pilihan raya. Jualan runcit dalam pasaran China semakin perlahan, tetapi pengeluaran perindustrian negara tersebut meningkat.

Di pasaran tempatan, KLCI naik melepasi paras 1600 yang kali terakhir dilihat pada pertengahan 2022. Aliran menaik selanjutnya bergantung pada isyarat pemotongan kadar faedah pinjaman daripada Fed. Asas domestik yang positif, pemulihan industri pelancongan, peralihan tenaga, dan peningkatan pendapatan bersih dijangka menyokong pertumbuhan masa depan.

Momentum pasaran bon dan sukuk Malaysia kekal stabil, mencapai jumlah nilai terkumpul RM2.06 trilion, disokong oleh jangkaan penurunan kadar faedah global. Jumlah terbitan bagi bulan itu merosot 6% kepada RM28.6 bilion dengan Kerajaan membentuk 60% daripada terbitan dan baki 40% daripada Korporat.

Nasihat RIA – Diversifikasi Kunci Pelaburan Jangka Panjang

Dengan pelbagai kebisingan daripada pasaran, pelabur harus fokus pada mindset pelaburan jangka panjang, mengabaikan ketidakpastian jangka pendek dan fokus pada matlamat kewangan mereka.

Kepelbagaian portfolio (portfolio diversification) adalah penting untuk mencapai pulangan yang selaras dengan risiko jangka panjang.

Diversifikasi membantu mengurangkan risiko dan memberikan pendekatan seimbang terhadap turun naik pasaran, memastikan pertumbuhan yang sesuai mengikut profil risiko anda.

Maklumat lanjut Ria boleh diperoleh di https://www.asnb.com.my/ria.php

Robo-CTA-Button-Dark-Blue