Berapa perlu anda labur untuk miliki rumah idaman?

ASNB perkenal RIA @myASNB

robo advisory ria
ASNB Logo
ASNB Academy

5 minit masa membaca

Apakah Robo Investment Advisory (RIA)?

Anda bimbang untuk melabur kerana risikonya yang tinggi, sedangkan anda tiada masa untuk memantau pelaburan anda? Atau anda ingin melabur, tetapi bimbang kerugian kerana anda belum mahir menguruskannya?

Dalam keadaan seperti ini, pernahkah anda terfikir alangkah baiknya jika anda mampu mengupah mereka yang profesional untuk membantu anda membuat keputusan pelaburan?

Kini anda tidak perlu bimbang lagi kerana ASNB baru-baru ini melancarkan perkhidmatan penasihat pelaburan automatik menerusi aplikasi myASNB iaitu Robo Investment Advisory atau RIA yang hanya mengenakan caj jualan sebanyak 0.3 peratus setahun.

Malahan jika anda berminat untuk mula menggunakannya sekarang, RIA tidak mengenakan sebarang caj sehingga 31 Disember 2024.

Menerusi RIA, anda tidak perlu bimbang lagi kerana pelaburan anda akan diuruskan secara bijak dan objektif berdasarkan risiko dan pulangan yang anda inginkan.

Ini kerana RIA telah membangunkan portfolio pelaburan berdasarkan risiko yang sanggup anda tanggung.

Pada masa ini, portfolio pelaburan RIA terdiri daripada tiga dana harga berubah ASNB iaitu ASN Equity Global, ASN Equity Malaysia, ASN Sukuk dan pasaran wang.

Terdapat 6 profil risiko yang telah ditetapkan, dan Ria akan mengenal pasti portfolio pelaburan yang sesuai untuk anda berdasarkan soalan profil risiko yang disediakan. Portfolio yang ditetapkan ditawarkan bermula dari Sangat Konservatif sehinggalah Sangat Agresif.

robo-investment-advisor-fund-BM

Apabila anda melabur menerusi RIA, anda tidak lagi terdedah kepada kemungkinan membuat keputusan mengikut emosi atau impulsif, sebaliknya RIA akan membuat keputusan sesuai berdasarkan keperluan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

6 Sebab Anda Patut Menggunakan RIA

1. Mudah dan Senang: Anda hanya perlukan RM100 sama ada anda baru ingin mula melabur dan juga bagi mereka yang sudah ada pelaburan.

2. Caj Rendah: Dengan yuran tahunan 0.30%, RIA mengenakan caj yang rendah, lebih-lebih lagi dengan pengecualian yuran sehingga 31 Disember 2024!

3. Algoritma Canggih: RIA menggunakan algoritma canggih dan Teori Portfolio Moden untuk membentuk dan menguruskan portfolio pelaburan secara peribadi. Setelah meneliti profil risiko dan pelaburan pilihan, Ria memperuntukkan pelaburan anda di dalam pelbagai dana unit amanah saham ASNB, dengan tujuan untuk mencapai pulangan yang optimum dengan risiko yang minimum.

RIA-pelaburan-robo-BM

4. Labur dan Biarkan: Dengan RIA, anda tidak perlu risau kerana pengurusan pelaburan anda dikendalikan secara automatik dan RIA sentiasa “berusaha” untuk mencapai matlamat pelaburan yang ditetapkan berdasarkan portfolio pelaburan.

5. Bahasa yang Mudah Difahami: Dengan RIA, anda boleh pilih untuk menggunakannya dalam versi Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris, ikut keselesaan anda.

6. Pelaburan Lancar: RIA menyokong semua kaedah pembayaran yang biasa digunakan di Malaysia, jadi bertambah senang untuk anda lakukan pelaburan.

Bagaimanapun, untuk menggunakan RIA, anda mestilah berusia 18 tahun dan ke atas.

RIA dilaksanakan secara berperingkat melalui aplikasi myASNB bermula dari 11 Mac 2024. Anda sudah bersedia untuk manfaatkan pelaburan robo?

Anda boleh memuat turun aplikasi myASNB dari Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery, kemudian daftar akaun myASNB, dan pilih RIA.

Jika anda sudah menggunakan myASNB sebelum ini, anda boleh menggunakan RIA secara terus dari aplikasi myASNB.

Ingat, jangan panik kalau anda tidak dapat melihat ciri RIA di aplikasi myASNB anda sebab seperti yang dimaklumkan, RIA dilaksanakan secara berperingkat. Untuk dapatkan maklumat lanjut, layari www.asnb.com.my