Ingin kira penjimatan jika anda kurangkan secawan kopi seminggu?

Peluang Kewangan untuk Pelajar Sem 1

Celik MADANI pelajar sem 1
ASNB
ASNB Academy

4 minit masa membaca

Permulaan hidup di universiti ataupun kolej sedikit mencabar tetapi seronok, sebagai pelajar inilah masanya untuk kenal dunia, nikmati pengalaman baru, dan belajar berdikari. Selain sibuk dengan jadual pengajian, tentunya anda juga akan luangkan masa bersama kawan-kawan, mungkin pergi ke kafe viral atau simpan niat untuk beli gajet terkini.

Tetapi dalam kesibukan dan keseronokan itu, selitkan juga tabiat yang boleh bantu masa depan anda. Bayangkan selepas majlis konvokesyen nanti, tidak perlu rasa kelam-kabut cari duit untuk bayar sewa rumah atau deposit kereta pertama. Semuanya lebih mudah sebab anda sudah mula menyimpan dari sekarang, walaupun sedikit.

Apabila tiba masa melangkah ke alam pekerjaan, anda sudah rasa lebih bersedia, lebih yakin dan lebih tenang menghadapi cabaran baharu dalam hidup. Anda sebenarnya boleh mulakan langkah itu dengan RM50.

RM50 Percuma Untuk Mula Melabur

Bagi pelajar semester pertama di universiti awam, Universiti Berkaitan Kerajaan, politeknik atau kolej vokasional, ada berita baik untuk anda!

Melalui inisiatif Celik MADANI , anda boleh menerima RM50 secara percuma untuk dilaburkan dalam Amanah Saham Bumiputera atau Amanah Saham Malaysia.

Mungkin anda fikir, “RM50 je?” Tetapi dari jumlah itu anda boleh mula membina asas kewangan yang kukuh. Dalam dunia pelaburan, yang penting bukan jumlah permulaan yang besar, tetapi tempoh masa dan perlu konsisten. Di situlah kuasa faedah kompaun memainkan peranan, contohnya:

RM50 yang diterima melalui Celik MADANI dilaburkan di dalam pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau Amanah Saham Malaysia (ASM). Sepanjang tempoh pengajian (4 tahun) anda letakkan RM20 setiap bulan. Kemudian, apabila sudah mula bekerja, teruskan simpanan RM100 setiap bulan dan kekalkan tanpa pengeluaran. Jika diandaikan pulangan dividen sepanjang tempoh itu adalah sebanyak 5.5% setahun*, wang anda boleh mencecah lebih RM10,000.

*(Nota: Pulangan simulasi setahun adalah bagi tujuan ilustrasi sahaja dan bukan menunjukkan prestasi masa hadapan.)

Macam Mana RM50 Boleh Jadi RM10,000?

Jom kita lihat pengiraan secara ringkas:

Hasilnya anda akan ada simpanan lebih dari RM10,000, sebab mula di usia muda dan kekal konsisten. Kini juga lebih mudah, anda boleh manfaatkan kemudahan seperti Auto Labur untuk mudahkan pelaburan secara automatik setiap bulan. Tidak perlu risau sudah belanja duit baru teringat belum simpan sedikit. Duit yang anda simpan itu yang “bekerja” untuk anda, menjana lebih banyak duit setiap tahun, itulah kuasa faedah kompaun.

Apa Sebenarnya Kuasa Faedah Kompaun?

Kuasa faedah kompaun bermaksud pulangan yang anda peroleh daripada pelaburan akan mula menjana pulangan juga, seolah-olah duit anda ‘bekerja’ untuk anda. Pulangan yang anda peroleh daripada pelaburan bukan sahaja menambah jumlah simpanan anda malah, ia mula menjana pulangan tambahan. Ini yang menyebabkan pelaburan anda boleh berkembang dengan lebih cepat, walaupun anda bermula dengan jumlah yang kecil.

Simpanan yang konsisten akan berkembang, bukan hanya daripada jumlah yang anda simpan, tetapi juga daripada pulangan tahunan yang terkumpul dan dilaburkan semula. Rahsia untuk wang anda berkembang? Semakin awal anda mula dan kekal konsisten, semakin besar peluang untuk wang anda berganda dan bertambah nilainya.

Langkah Awal untuk Capai Kewangan yang Kukuh

Bila anda mula membiasakan diri menyimpan dan melabur secara konsisten dari awal, anda sedang membina satu sistem yang akan bantu anda dalam setiap fasa kehidupan selepas ini.

Waktu belajar di universiti bukan sahaja peluang untuk timba ilmu, tapi juga masa terbaik untuk mengukuhkan asas kewangan.

Jom jadi siswa celik kewangan. Ambil peluang inisiatif Celik MADANI dan manfaatkan kuasa faedah kompaun untuk kembangkan simpanan anda. Untuk maklumat lanjut tentang pelaburan awal percuma sebanyak RM50, klik disini. Mulakan dari awal, walaupun kecil, dan bina tabiat melabur yang konsisten. Pelaburan bijak, untuk masa depan yang lebih cerah.