Berapa perlu anda labur untuk miliki rumah idaman?

Manfaat Insentif Cukai Sebelum Disember Berakhir

Anuar Shuib
Anuar-Shuib
Anuar Shuib

6 minit masa membaca

Pengenalan

Telah menjadi kewajipan semua rakyat Malaysia untuk membayar cukai. Setiap hujung tahun, rakyat Malaysia akan mempastikan bahawa mereka telah pun menyenaraikan segala perbelanjaan yang telah mereka lakukan sepanjang tahun. Tidak terkecuali pada tahun ini iaitu 2023 yang sudah sampai ke penghujungnya.

Ramai yang kini sedang melihat semula adakah perbelanjaan yang telah mereka lakukan sepanjang tahun ini mempunyai implikasi positif terhadap cukai atau sebaliknya.

Kepada yang telah memaksimakan faedah percukaian yang telah diberikan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) seperti pelepasan (relif) dan potongan (rebat) cukai, semestinya mereka berpuas hati dengan perbelanjaan mereka.

Bagi yang belum lagi mengambil peluang mengoptimakan faedah percukaian yang diberikan, masih belum terlambat untuk mengambil tindakan sewajarnya untuk melihat semula apa-apa perbelanjaan yang boleh dioptimakan untuk mendapatkan sebanyak mungkin faedah percukaian yang diberikan.

Faedah Percukaian 2023

Mengambil peluang dari pelepasan serta potongan cukai adalah sesuatu yang sah dari sudut perundangan kerana ianya dibenarkan.

Pada mereka yang mempunyai pendapatan dicukai diantara RM35,000 hingga RM100,000 pihak LHDN telah pun mengurang kadar cukai sebanyak 2%, ini memberikan rakyat Malaysia yang berada dalam kategori ini mempunyai lebihan aliran tunai sebanyak 2%.

Contohnya Ali mempunyai pendapatan dicukai sebanyak RM60,000 x 2% pengurangan cukai pendapatan bermaksud Ali kini mempunyai lebihan aliran tunai sebanyak RM1,200. Dengan lebihan pendapatan ini bermaksud Ali kini boleh membelanjakan RM1,200 atau sekiranya dilaburkan, contohnya dalam Amanah Saham Bumiputra (ASB), Ali berpeluang menerima pulangan tahunan.

Mengambil tahu faedah percukaian amatlah penting bagi setiap rakyat Malaysia bagi mereka merancang perbelanjaan serta menguruskan simpanan serta pelaburan dengan lebih berkesan bagi memperkasakan kewangan keluarga. Ianya membolehkan setiap keluarga merancang untuk memastikan setiap perbelanjaan yang dirancangkan dapat dilakukan dengan lebih Lestari.

Kepada wanita pula, pelepasan cukai bagi pendapatan bermula 2023 sehingga 2028 kepada wanita yang kembali berkerja selepas berhenti berkerja seketika (career break). Ini membolehkan mereka mempunyai banyak aliran tunai yang dilepaskan dari pembayaran cukai.

Mereka sudah tentu mempunyai lebihan yang banyak untuk dibelanjakan. Sebaik-baiknya wang lebihan tersebut disalurkan kepada pelaburan yang mendatangkan pulangan pelaburan selamat seperti ASB atau deposit tetap.

Perbelanjaan perubatan termasuk pergigian juga mendapat pelepasan cukai antaranya perbelanjaan penyakit kritikal, rawatan kesuburan, vaksinasi, pemeriksaan kesihatan (termasuk kesihatan mental) serta peralatan ujian Covid 19.

Premium Insuran Hayat atau Sumbangan Takaful dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga diberikan kelebihan dimana sektor perkhidmatan awam diberikan pelepasan sehingga RM7,000 manakala bukan sektor awam sehingga RM3,000.

Perbelanjaan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) juga mendapat perhatian iaitu sekiranya seseorang pelajar menyelesaikan baki hutang diantara 1hb November 2022 sehingga 30hb April 2023, mereka diberikan potongan sebanyak 20% atau sekiranya menyelesaikan separuh diberi potongan sebanyak 15% oleh SSPN dan ianya mendapat pelepasan cukai sebanyak RM8,000.

Perbelanjaan lain seperti perbelanjaan telefon bimbit, komputer peribadi atau tablet sehingga RM2,500. Sumbangan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) juga mendapat faedah iaitu diberikan pelepasan cukai sebanyak RM350. Skim Persaraan Swasta (SPS atau PRS) juga diberikan pelepasan cukai sebanyak RM3,000. Kepada mereka yang gemar bersukan pula pelepasan cukai sebanyak RM500 diberikan. Bagi ibu yang menyusukan anak dibenarkan menuntut sekali dalam dua tahun sebanyak RM1,000 pelepasan cukai untuk peralatan penyusuan ibu. Perbelanjaan pelancongan domestik juga diberikan pelepasan sehingga RM1,000. Bagi yang memiliki kereta elektrik pula diberikan pelepasan sehingga RM2,500 untuk membeli, menyewa atau memasang peralatan pengecasan.

Begitu juga pelepasan-pelepasan cukai yang biasa seperti:

Pelepasa-cukai-yang-biasa

Akhir sekali rebat cukai iaitu potongan dari jumlah cukai yang perlu dibayar ialah RM400 untuk setiap individu serta RM400 untuk pasangan samada taksiran bersama atau berasingan ataupun sekiranya salah seorang dari pasangan tiada pendapatan dapat dituntut kedua-duanya.

Tak terkecuali yang paling penting adalah rebat untuk bayaran zakat dan fitrah yang mana boleh menjangkau sehingga sejumlah cukai yang dikenakan.

Pelepasan juga diberikan terhadap derma atau hadiah yang tertakluk kepada subseksyen 44 akta cukai.

Kesimpulan

Dengan mengambil kira pelepasan cukai serta rebat cukai rakyat Malaysia boleh merancang untuk mengoptimakan faedah yang diberikan oleh LHDN untuk melakukan pelaburan yang selamat lagi menjaminkan masa depan penyimpan atau pelabur seperti pelaburan dalam ASB atau ASN yang mana dividen yang dibayar mendapat faedah percukaian.

Apabila rakyat diberikan peluang melabur dalam pelaburan yang mendapat faedah percukaian, bermaksud setiap keuntungan dari pelaburan berkenaan adalah keuntungan selepas cukai berbanding dengan pelaburan yang tidak mendapat faedah percukaian bilamana keuntungan yang didapati mestilah terlebih dahulu ditolak cukai.

Sebagai penutup, rancanglah perbelanjaan dengan lebih baik setiap tahun agar mendapat faedah percukaian yang maksima dan melaburlah dalam pelaburan seperti ASB atau ASN kerana ia menawarkan pulangan yang baik dan tidak dikenakan cukai.

CTA Button-BlueYellow-BM