KWSP & ASB: Gabungan Tabungan Ideal?
KWSP baru-baru ini mengumumkan penstrukturan semula Akaun pencarum dengan memperkenalkan Akaun 3 yang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dengan jumlah pengeluaran yang tertakluk kepada jumlah caruman yang ada dalam akaun.
Sebelum ini, KWSP lebih memainkan peranan sebagai Tabung Persaraan, namun kini ia juga boleh diibaratkan sebagai tabung kecemasan.
Kemudahan yang diberikan ini diharap akan digunakan dengan sebaiknya untuk menambah baik mutu kehidupan pencarum dengan lebihan tunai yang kini ada ditangan.
Namun begitu, pelaburan untuk usia tua usah dilupakan kerana tiada siapa yang tahu bila agaknya akan ternoktahnya usia kita.
Justeru, uruskan kewangan dengan bijak serta jadikan KWSP dan ASB sebagai teman kewangan anda supaya anda dapat menikmati hidup selesa.
Jika betul caranya, gandingan kedua-dua instrumen pelaburan ini dapat membantu anda membina tabung persaraan yang kukuh.
Jom dengarkan penjelasan lanjut daripada Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, Pengarah program, Putra Business School mengapa dan bagaimana ASB dan KWSP boleh menjadi sahabat baik kewangan anda.
Ada lebih banyak video menarik menanti anda di YouTube ASNB Academy: https://www.youtube.com/@asnbacademy