Zakat: Layak Rebat Cukai
Maksud dan Tujuan Zakat
Zakat, salah satu dari lima rukun Islam, memainkan peranan penting dalam menyokong golongan yang memerlukan, dan ia boleh ditakrifkan sebagai tindakan membersihkan atau menyucikan sesuatu.
Menurut hadis Nabi (SAW):
Kadar zakat yang ditetapkan ialah 2.5% daripada jumlah harta yang layak dikenakan zakat. Antara jenis zakat yang boleh dibayar ialah zakat pendapatan, zakat pelaburan, zakat harta dan zakat emas.
Apabila harta yang dimiliki memenuhi haul dan nisab yang ditetapkan, adalah wajib untuk setiap daripada orang Islam untuk melaksanakan tanggungjawab membayar zakat.
Syarat Wajib Zakat
- Islam - zakat disyariatkan kepada orang Islam sahaja
- Merdeka
- Milik Sempurna - Pemilikan sepenuhnya terhadap harta yang mana tiada orang lain yang ke atasnya melainkan dirinya sendiri.
- Cukup Nisab - paras minima yang menentukan sama ada harta itu dikenakan zakat atau tidak. Setiap kategori harta ada kadar nisab tersendiri. Sebagai contoh, nisab bagi Zakat Pendapatan, Perniagaan, Wang Simpanan, Saham dan Emas adalah berdasarkan nilaian 20 mithqal (85 gram emas).
- Cukup Haul - Pemilikan cukup satu tahun iaitu selama 365 hari.
- Berkembang- Harta yang akan dikenakan zakat mestilah harta berpontensi untuk berkembang.
Apabila harta yang dimiliki memenuhi syarat wajib zakat, kita perlulah mengeluarkan zakat.
Sebagai contoh, jika anda memiliki simpanan emas melebihi 85 gram, zakat perlu dibayar berdasarkan nilai semasa emas berkenaan.
Selain daripada itu, pelabur ASB juga perlu membayar zakat jika jumlah pelaburan melebihi nisab yang ditetapkan.
Contohnya, anda mempunyai RM200,000 dalam ASB dan menerima dividen 5% yang berjumlah RM10,000. Maka anda perlu membayar zakat sebanyak RM5,250 berdasarkan pengiraan 2.5% x RM210,000 = RM5,250.
Namun begitu sekiranya pelaburan anda tidak mencapai nisab yang ditetapkan, iaitu RM21,626.00 (rujukan Nisab 2023 yang ditetapkan Pusat Pungutan Zakat-MAIWP) anda tidak perlu membayar zakat ASB.
Sebaliknya, anda perlu mengira pelaburan dalam ASB bersama harta lain untuk kiraan zakat harta.
Untuk memudahkan pelabur membuat kiraan dan membayar zakat ASB, ASNB menyediakan kemudahan pengiraan dan pembayaran zakat melalui portal dan aplikasi myASNB.
Bagaimanapun, pada masa ini, kemudahan ini hanya merujuk kepada pengiraan berdasarkan nisab yang dikeluarkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Zakat dan Rebat Cukai
Kita yang berada dinegara Malaysia ini amat bertuah kerana apabila membayar zakat, kita menikmati kemudahan rebat cukai, yang mana setiap kali membayar zakat, kita dapat mengurangkan jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar.
Bagaimanapun, untuk menuntut rebat ini, pembayar zakat mestilah membayar zakat dalam tahun tuntutan taksiran semasa dan membayarnya dengan pihak berkuasa agama yang dibenarkan.
Ini bermakna, anda boleh membuat tuntutan rebat untuk zakat ASB untuk tahun taksiran 2023 sekiranya anda membayar zakat berkenaan sebelum 31 Disember 2023. Sebagai contoh, Sarah perlu membayar cukai pendapatan sebanyak RM1,000 untuk tahun taksiran 2022, namun Sarah telah membayar zakat sebanyak RM750 pada Disember 2022 untuk pelaburannya dalam ASB. Oleh itu, Sarah hanya perlu membayar cukai pendapatan sebanyak RM250.
Ini kerana Sarah layak menikmati rebat cukai pendapatan sebanyak RM750 berikutan zakat ASB yang dibayarnya.
Sekiranya Zakat dibayar pada Januari 2023, tuntutan rebat boleh dibuat untuk taksiran cukai tahun 2023.
Tanggungjawab Membayar Zakat
Jadi jangan tangguhkan daripada melaksanakan tanggungjawab membayar zakat kerana ia diwajibkan terhadap setiap umat Islam yang layak.
Dengan membayar zakat, anda bukan sahaja memperoleh keberkatan harta, tetapi juga dapat mengurus kewangan dengan lebih baik serta membantu masyarakat Islam untuk terus mengembangkan ekonomi di negara ini.
Dengan memenuhi tanggungjawab zakat, anda mendapat manfaat daripada potongan cukai yang berpotensi untuk ditanam semula untuk meningkatkan kesejahteraan kewangan anda sambil menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.
Pastikan setelah anda memenuhi kewajipan membayar zakat, anda simpan semua bukti pembayaran zakat, sama ada resit atau penyata zakat.
Dokumen tersebut akan diperlukan untuk dikemukakan kepada LHDN sekiranaya diminta. Resit dan dokumen tersebut penting kerana jika dokumen tersebut tiada boleh jadi sumbangan zakat yang anda nyatakan semasa tuntutan cukai pendapatan tidak dapat disahkan.
Cuma jangan lupa: