Berapa perlu anda labur untuk miliki rumah idaman?

Takaful atau Pelaburan: Mana Satu Lebih Perlu?

609 tontonan
3 suka

Mungkin ramai antara anda yang biasa mendengar mengenai pelaburan, tetapi bagaimana pula dengan perlindungan risiko?

Apa itu perlindungan risiko, bagaimana caranya untuk melindungi diri kita daripada risiko dan apakah kepentingannya dalam perancangan kewangan.

Fungsi utama perlindungan risiko ialah untuk melindungi kedudukan kewangan seseorang daripada menanggung kerugian yang besar jika berlaku perkara luar dugaan.

Perlindungan risiko ditawarkan dalam bentuk insurans atau Takaful. Takaful ialah terma yang digunakan untuk produk perlindungan risiko berasaskan syariah.

Pelaburan pula penting untuk memastikan kita sentiasa mempunyai tabungan sebagai sumber kewangan pantas terutamanya untuk keperluan kecemasan.

 Jom dengarkan penjelasan Encik Alwi Adam, Pengasas Ezaz Wealth Academy dan penasihat kewangan bertauliah mengenai kepentingan Takaful dan Pelaburan serta bagaimana untuk kita mengurus kewangan dengan betul supaya kedua-duanya ada dalam perancangan kewangan kita.

Ada lebih banyak video menarik menanti anda di YouTube ASNB Academy https://www.youtube.com/@asnbacademy.