Hibah & Penama: Mana Lebih Baik?
Mungkin ada yang biasa dengar tentang wasiat iaitu salah satu kaedah dalam menguruskan harta pusaka. Namun, adakah anda tahu ada beberapa kaedah lain yang boleh digunakan? Antara kaedah lain ialah hibah dan penama. Hibah adalah pemberian harta ketika pemberi dan penerima masih hidup. Harta akan bertukar milik apabila si pemberi meninggal dunia. Penama pula adalah orang yang bertanggungjawab mentadbir harta pusaka yang ditinggalkan si mati. Peranan utama penama adalah untuk memudahkan proses tuntutan dan agihan harta pusaka. Bezanya, hibah ada pengurusan harta ketika pemilik masih hidup manakala penama adalah setelah kematian pemilik harta. Jom dengarkan penjelasan lanjut daripada Puan Nor Zabetha Muhamad Nor dari Firma Guaman Tetuan Nor Zabetha Chinna & Co mengenai kelebihan dan kekurangan merancang harta pusaka menggunakan kaedah hibah dan penama. Ada lebih banyak video menarik menanti anda di YouTube ASNB Academy: https://www.youtube.com/@asnbacademy