Berapa perlu anda labur untuk miliki rumah idaman?

Elak Kena Tipu, Guna Ini Untuk Semak

elak-jadi-mangsa
ASNB Logo
ASNB Academy

4 minit masa membaca

‘Scammers’ semakin menjadi-jadi sekarang dan semakin ramai yang sudah menjadi mangsa penipuan dalam talian. Tahun lepas sahaja, sebanyak 20,241 kes penipuan dalam talian dilaporkan membabitkan kerugian RM684.5 juta. Ada sahaja helah penipu dan mereka semakin hari semakin menggunakan pelbagai cara untuk mengaburi mata pengguna. Mereka tidak segan silu menggunakan nama barangan berjenama untuk menjual produk palsu, menawarkan perkhidmatan yang tidak wujud dan sebagainya.

Jadi sebagai pengguna kita mestilah mengambil sikap berhati-hati sebelum membuat keputusan untuk membeli barangan atau melanggan sebarang perkhidmatan yang ditawarkan secara dalam talian.  

Jadi, sebelum membuat sebarang transaksi, semak dahulu menggunakan portal Semak Mule yang diuruskan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK)  / Commercial Crime Investigation Department (CCID). Kemudahan ini juga boleh dilakukan dengan memuat turun aplikasi mudah alih Semak Mule CCID.

Cara untuk menyemak kesahihan peniaga ialah:

1. Layari portal di https://semakmule.rmp.gov.my/

2. Pilih kategori sama ada ingin semak akaun bank atau nombor telefon

3. Masukkan maklumat nombor akaun bank atau nombor telefon

4. Masukkan kod captcha yang tertera di bahagian kiri

5. Klik semak maklumat

Sekiranya akaun bank atau nombor telefon yang disemak itu telah dilaporkan atau disenarai hitamkan, anda akan melihat keputusan seperti tangkap layar dibawah:

Elak-kene-tipu-semak-guna-ini

Kami menggunakan nombor telefon dari seseorang penjual atas talian, dan disini kita boleh nampak sudah ada 2 laporan untuk nombor telefon ini. Kita juga boleh lihat ada 34 carian yang telah dibuat untuk nombor ini.  

Apabila melihat keputusan seperti yang dipaparkan ini, adalah lebih baik untuk anda tidak berurusniaga dengan peniaga yang menggunakan nombor telefon ini kerana kemungkinan untuk ditipu adalah sangat tinggi.

Selain daripada menggunakan portal atau aplikasi mudah alih Semak Mule, anda juga boleh membuat pertanyaan, semakan ataupun laporan melalui saluran berikut:

WhatsApp CCID Infoline: 013- 211 1222

CCID Scam Response Center: 03- 2610 1559 / 03- 2610 1599

Facebook: @JSJKPDRM atau @CyberCrimeAlertRMP

Sudah ada kemudahan, pastikan anda menggunakannya sebagai langkah untuk melindungi diri daripada ditipu. Jangan lupa, duit bukan mudah untuk dicari, tetapi nak hilang mudah sekali.

CTA Button-BlueYellow-BM