Custom Portfolio untuk Pelaburan Peribadi

Hampir dua tahun, ASNB Ria (Robo Investment Advisor) telah membantu rakyat Malaysia mengambil pendekatan yang lebih tersusun dalam pelaburan jangka panjang. Dibina berdasarkan Teori Portfolio Moden dan disokong oleh lebih empat dekad pengalaman pengurusan dana ASNB, Ria direka untuk menjadikan pengurusan portfolio lebih mudah diakses serta membimbing rakyat Malaysia ke arah pelaburan yang konsisten dan terdiversifikasi dengan baik.
Sebelum ini, Ria menawarkan enam portfolio pratetap bermula daripada Sangat Konservatif hingga Sangat Agresif, masing-masing terdiri daripada unit amanah ASNB dan diurus secara automatik mengikut profil risiko pengguna. Disokong oleh ekuiti Malaysia dan global serta sukuk (bon Islam), portfolio-portfolio ini telah menyediakan laluan yang jelas dan berstruktur, terutamanya bagi pelabur baharu atau yang kurang berpengalaman.
ASNB kini memperkenalkan Custom Portfolio, satu ciri yang memberi pelabur lebih pilihan dalam menentukan susunan portfolio mereka. Berbanding memilih daripada enam pilihan tetap sahaja, pengguna kini boleh menyesuaikan pendedahan mereka kepada dana ekuiti dan sukuk ASNB mengikut matlamat dan tahap keselesaan masing-masing.
Mengapa Custom Portfolio dan Mengapa Sekarang?
1. Pelabur Semakin Berpengetahuan
Sejak dilancarkan, Ria telah diterima pakai oleh pelbagai lapisan pengguna, daripada pelabur pertama kali hingga profesional yang sedang membina kekayaan jangka panjang. Apabila semakin ramai rakyat Malaysia selesa dengan pelaburan, ramai yang mula mencari lebih kawalan sambil masih bergantung pada alat pengimbangan semula dan pengurusan automatik Ria.
Ciri Custom Portfolio membolehkan mereka menyesuaikan peruntukan berdasarkan keutamaan sendiri, sama ada memberi tumpuan kepada ekuiti Malaysia, meneroka pasaran global, atau memilih lebih banyak sukuk.
2. Matlamat Berbeza Memerlukan Pendekatan yang Berbeza
Enam portfolio pratetap sesuai untuk ramai pelabur, namun seseorang sering menabung untuk lebih daripada satu matlamat pada masa yang sama, sama ada untuk deposit rumah, pendidikan anak, persaraan, atau simpanan am. Setiap matlamat mungkin memerlukan peruntukan yang sedikit berbeza.
Dengan ciri Custom Portfolio yang digabungkan bersama ciri penamaan semula portfolio Ria, seorang pelabur yang membina portfolio persaraan jangka panjang boleh meningkatkan pendedahan ekuiti global untuk potensi pertumbuhan yang lebih tinggi dan menamakan semula portfolionya sebagai "Dana Persaraan" bagi mencerminkan matlamatnya, manakala pelabur lain yang menabung untuk komitmen jangka pendek pula boleh mengurangkan turun naik dengan memilih lebih banyak sukuk dan menamakan semula portfolionya sebagai "Simpanan Jangka Pendek" agar kekal sejajar dengan objektif mereka.
3. Kekal Pada Landasan yang Betul
Turun naik pasaran kadangkala boleh mendorong pelabur membuat keputusan tergesa-gesa, sama ada kerana bimbang semasa pasaran merosot atau terlalu yakin semasa pasaran meningkat. Ria sudah pun membantu menangani perkara ini dengan mengimbang semula portfolio secara automatik bagi memastikan pengguna kekal pada landasan yang betul.
Ciri Custom Portfolio menyokong perkara ini dengan lebih lanjut. Setelah pengguna menetapkan campuran pilihan mereka, Ria mengekalkannya melalui pengimbangan semula secara berkala, supaya portfolio mereka terus mencerminkan niat asal mereka.
Apa yang Ditawarkan oleh Ciri Ini?
✔ Pembahagian Dana yang Disesuaikan
Pengguna boleh melaraskan nisbah dana ekuiti dan sukuk ASNB (contohnya, ASN Equity Global, ASN Equity Malaysia, ASN Sukuk) dalam had yang ditetapkan bagi memastikan portfolio mereka kekal terdiversifikasi dengan baik.
✔ Pengurusan Portfolio Secara Automatik
Walaupun dengan peruntukan yang disesuaikan, Ria terus:
· memantau keselarasan risiko,
· mengimbang semula portfolio secara berkala,
· melaburkan semula dividen secara automatik.
✔ Pengalaman Pengguna yang Biasa
Ciri ini tersedia dalam platform myASNB yang sedia ada, mengekalkan pengalaman yang mudah dan senang digunakan.
✔ Fleksibel, Dengan Panduan yang Masih Ada
Bagi mereka yang lebih suka pilihan yang mudah, enam portfolio standard masih tersedia. Bagi mereka yang mahukan lebih pilihan, Custom Portfolio menawarkan jalan tengah antara pelaburan kendiri sepenuhnya dan automasi penuh.
Bagaimana Ciri Ini Memberi Manfaat kepada Pengguna Ria?
1. Kawalan Lebih Besar, Tanpa Kerumitan Tambahan
Ciri ini membolehkan pelabur mempunyai suara dalam portfolio mereka tanpa perlu mengurus setiap butiran. Ria masih mengendalikan tugas berat, iaitu pengimbangan semula dan pelaksanaan.
2. Lebih Selaras dengan Matlamat Kewangan Peribadi
Pelabur kini boleh menyediakan portfolio yang benar-benar sesuai dengan matlamat, jangka masa, dan toleransi risiko mereka sendiri, serta menamakan semula portfolio itu untuk mencerminkan matlamat tersebut, berbanding terpaksa menyesuaikan diri dengan kategori standard.
3. Kepelbagaian yang Lebih Tepat
Dengan keupayaan melaraskan pemberat antara ekuiti Malaysia, ekuiti global, dan sukuk, pengguna boleh menyasarkan campuran kepelbagaian yang lebih tepat untuk meningkatkan pulangan berdasarkan risiko dalam jangka panjang.
Gambaran Lebih Besar: Visi ASNB untuk Masa Depan Kewangan Malaysia
Dari awal lagi, Ria telah menjadi sebahagian daripada tujuan yang lebih besar ASNB, iaitu untuk menyokong kesejahteraan kewangan rakyat Malaysia dan menjadikan pelaburan lebih mudah diakses oleh semua.
Ciri Custom Portfolio mencerminkan hasrat ini, dengan mengakui bahawa ramai rakyat Malaysia kini lebih berpengetahuan dan bersedia untuk memainkan peranan yang lebih aktif dalam menentukan masa depan kewangan mereka.
Dengan sokongan dan pengawasan kawal selia ASNB, pelabur boleh memanfaatkan fleksibiliti tambahan ini dengan penuh keyakinan.
Cara Membina Portfolio Anda Sendiri
Menetapkan campuran portfolio anda sendiri adalah mudah. Begini caranya melalui aplikasi:
1. Mulakan Perjalanan Anda: Pada skrin utama, ketik "Get Started" untuk mula membina pelan pelaburan anda.
2. Penilaian Risiko: Jawab beberapa soalan ringkas berkaitan matlamat kewangan dan tahap keselesaan anda terhadap turun naik pasaran. Berdasarkan jawapan anda, profil pelabur anda akan dikenal pasti.
3. Pilih Laluan Anda: Pada skrin pemilihan portfolio, anda akan melihat togol antara Core dan Custom. Ketik Custom" dan pilih "Create custom portfolio".
4. Tentukan Keseimbangan Anda: Di sinilah anda memegang kawalan sepenuhnya. Gunakan butang tambah dan tolak untuk melaraskan campuran Global Equity, Malaysia Equity, Sukuk, dan Cash sehingga mencapai 100%.
5. Semak Spesifikasi Portfolio: Pratonton campuran portfolio anda akan dipaparkan, termasuk anggaran pulangan, tahap risiko seperti "Sangat Agresif", dan tempoh pelaburan yang disyorkan.
6. Nilai Kesesuaiannya: Sekiranya campuran yang anda pilih melebihi tahap risiko penilaian awal anda, satu notis amaran akan dipaparkan. Jika anda selesa untuk meneruskan, tandakan kotak persetujuan dan ketik "Proceed".
7. Rasmikan Portfolio Anda: Tentukan jumlah pelaburan anda. Anda boleh membuat deposit sekali sahaja atau menetapkan deposit berulang untuk memastikan simpanan anda terus berkembang secara automatik.
Portfolio Anda, Peraturan Anda — Masa Depan Pelaburan Adalah Peribadi
Kemunculan ciri penyesuaian portfolio dalam Ria menandakan era baharu pelaburan digital yang lebih peribadi di Malaysia. Ia memperkasakan pelabur dengan kebebasan yang lebih besar, menjadikan portfolio mereka lebih relevan, sambil tetap mempertahankan disiplin dan kestabilan jangka panjang yang menjadi teras Ria sejak awal.
Seiring dengan pertumbuhan Ria yang berterusan, peningkatan ini mengukuhkan lagi peranannya sebagai rakan pelaburan yang dipercayai bagi rakyat Malaysia dalam menharungi dunia pelaburan yang semakin kompleks, di mana personalisasi bukan lagi satu kemewahan, tetapi satu keperluan.
Bersedia untuk mengambil kawalan masa depan kewangan anda? Log masuk ke Ria hari ini dan mula bina portfolio yang benar-benar milik anda.
