Cukai Pendapatan: Mengapa Perlu Bayar?
Ramai yang merasakan membayar cukai pendapatan merupakan bebanan kewangan. Ini menyebabkan ada dalam kalangan kita yang cuba elak daripada membuat taksiran cukai. Namun, adakah anda tahu tidak membuat taksiran cukai merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang? Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia untuk membayar cukai bagi tujuan perbelanjaan pembangunan infrastruktur dan kemajuan negara. Bagi meringankan beban pembayar cukai, kerajaan telah melaksanakan inisiatif pengecualian cukai di mana melalui inisiatif ini pembayar cukai dapat mengurangkan cukai yang perlu dibayar. Malah ada yang dapat semula cukai yang dibayar disebabkan lebihan cukai yang dibuat pada tahun taksiran. Jom dengar penjelasan mengenai kepentingan dan kesan buruk jika tidak membuat taksiran cukai daripada En Faiz Azmi, pengasas saluran YouTube Financial Faiz. Ada lebih banyak video menarik menanti anda di YouTube ASNB Academy: https://www.youtube.com/@asnbacademy