Bayar Zakat ASB di myASNB
Pelabur Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) kini boleh membayar zakat untuk pelaburan mereka dalam unit amanah yang diuruskan syarikat berkenaan, termasuklah untuk Amanah Saham Bumiputera (ASB) menerusi myASNB.
Kemudahan yang ditawarkan dengan kerjasama PZ-MAIWP itu menjadikan pusat pungutan zakat itu sebagai agensi pertama menyediakan menyediakan perkhidmatan saluranberkenaan menerusi aplikasi myASNB.
Melalui aplikasi ini, pelabur ASNB boleh menunaikan zakat ASB secara dalam talian dengan mudah dan pantas.
myASNB merupakan portal pelaburan yang disediakan oleh ASNB untuk memudahkan pemegang unitnya mengurus pelaburan dalam unit amanah ASNB termasuklah untuk menambah dan mengeluarkan pelaburan, membuat pelaburan bulanan menerusi AutoLabur dan berwakaf menerusi Wakaf ASNB.
Kemudahan ini yang telah bermula pada 18 November 2023, membolehkan bayaran zakat boleh dibuat terus ke PPZ-MAIWP secara financial process exchange (FPX) menerusi akaun bank berdaftar pemegang unit di akaun myASNB.