Ingin kira penjimatan jika anda kurangkan secawan kopi seminggu?

ASNB COVR: Gabungan Pelaburan dan Perlindungan Takaful

COVR campaign 2026 Featured Images
ASNB
ASNB Academy

6 minit masa membaca

ASNB COVR menawarkan pilihan terbaik untuk pemegang unit yang ingin membina simpanan sambil menikmati perlindungan kewangan. Inisiatif ini merupakan kerjasama strategi antara ASNB dan Takaful Ikhlas Family Berhad (TIFB) dalam menawarkan pakej pelaburan yang lengkap dengan perlindungan takaful. ASNB COVR juga meningkatkan perancangan kewangan dengan mengintegrasikan pelaburan dan perlindungan, menggalakkan tabungan yang berdisiplin, dan menyokong perancangan kewangan jangka panjang.

Kelebihan ASNB COVR

Manfaat perlindungan menerusi ASNB COVR

Perlindungan yang disediakan dalam ASNB COVR adalah berasaskan konsep Takaful, iaitu konsep saling membantu antara peserta. Dalam konsep ini, sebahagian sumbangan peserta dimasukkan ke dalam dana khas yang dikenali sebagai Dana Risiko (Tabarru’.) Tabarru’ bertujuan menyediakan manfaat kewangan bersama yang akan dibayar kepada orang yang dilindungi atau kepada benefisiari mereka apabila berlaku sesuatu kejadian yang telah dipersetujui secara bersama. Konsep ini menekankan nilai kerjasama, tanggungjawab bersama dan keprihatinan dalam kalangan peserta.

Selain itu, operasi Takaful juga mematuhi prinsip kewangan Islam dan dipantau oleh panel penasihat syariah bagi memastikan setiap aktiviti dijalankan adalah patuh syariah. Perlindungan Takaful komprehensif ini menyediakan perlindungan untuk manfaat Kematian, Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK), Penyakit Kritikal dan Perbelanjaan Serta-merta Kematian.

Pemegang unit ASNB boleh memilih salah satu daripada lima pelan yang ditawarkan, bermula dari RM40 hingga RM200 sebulan. Daripada jumlah sumbangan tersebut, 75% akan dilaburkan, manakala 25% digunakan untuk perlindungan takaful. ASNB COVR boleh dilanggan seawal usia 30 hari kelahiran sehingga 69 tahun oleh semua pemegang unit ASNB dengan perlindungan sah sehingga peserta berusia 70 tahun.

Manfaat Kematian

ASNB COVR menyediakan manfaat sekiranya orang yang dilindungi meninggal dunia. Dalam situasi ini, jumlah perlindungan yang telah ditetapkan akan dibayar kepada benefisiari. Manfaat ini membantu keluarga meneruskan kehidupan dan menampung keperluan penting seperti kos sara hidup, komitmen hutang atau pendidikan anak-anak.

Manfaat ini sangat penting terutamanya bagi individu yang menjadi sumber pendapatan utama keluarga kerana manfaat tersebut dapat mengurangkan beban kewangan yang mungkin ditanggung oleh ahli keluarga selepas kematian tersebutorang yang dilindungi.

Manfaat Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD)

Selain kematian, pelan ini turut menyediakan manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK). HUMK merujuk kepada keadaan apabila orang yang dilindungi tidak lagi mampu bekerja atau menjalani kehidupan seperti biasa akibat hilang upaya kekal.

Jika keadaan ini berlaku, manfaat HUMK akan dibayar kepada orang yang dilindungi atau benefisiari bagi membantu menampung keperluan kewangan seperti kos rawatan, penjagaan kesihatan serta perbelanjaan harian.

Manfaat Penyakit Kritikal

ASNB COVR turut menawarkan perlindungan untuk 36 jenis penyakit kritikal. Penyakit seperti kanser, serangan jantung atau strok boleh memberi impak besar terhadap kewangan seseorang disebabkan kos rawatan yang tinggi serta risiko kehilangan sumber pendapatan.

Dengan adanya perlindungan penyakit kritikal, orang yang dilindungi dapat menerima manfaat kewangan bagi membantu menampung kos rawatan dan proses pemulihan.

Manfaat Perbelanjaan Serta-Merta Kematian

Pelan ini juga menyediakan manfaat Perbelanjaan Serta-Merta Kematian bagi membantu keluarga orang yang dilindungi dalam menampung kos pengurusan jenazah serta urusan berkaitan. Perlindungan ini juga boleh dilanjutkan kepada pasangan dan tanggungan (sehingga 3 orang) walaupun mereka bukan pelabur ASNB, sekiranya mereka meninggal dunia terlebih dahulu. Manfaat ini bertujuan meringankan beban kewangan keluarga dalam menghadapi situasi yang sukar.

Antara kelebihan ASNB COVR adalah seperti berikut:-

Pilihan Pelan ASNB COVR

Pelan ASNB COVR bermula daripada RM40 sehingga RM200 setiap bulan untuk memperoleh perlindungan takaful berkumpulan seperti berikut:-

Dengan struktur pelan yang fleksibel, mampu milik dan manfaat perlindungan yang komprehensif, ASNB COVR menjadi pilihan yang relevan bagi mereka yang ingin membina simpanan jangka panjang dan memastikan perlindungan kewangan untuk diri dan keluarga. Pelan ini bukan sahaja membantu pemegang unit merancang kewangan masa depan, malah menyokong usaha mewujudkan jaringan keselamatan kewangan yang mampan dan patuh syariah.

Untuk melanggan ASNB COVR, pemegang unit boleh memilih mana-mana unit amanah harga tetap atau harga berubah dan seterusnya memilih pelan yang bersesuaian melalui platform myASNB. Pemegang unit yang memerlukan maklumat lanjut juga boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB untuk mendapatkan penjelasan terperinci mengenai ciri pelan, manfaat perlindungan, serta proses pendaftaran.