Ingin kira penjimatan jika anda kurangkan secawan kopi seminggu?

ASB 35 Tahun: Membina & Mengekalkan Kekayaan

ASB-35th Anniversary
ASNB
ASNB Academy

5 minit masa membaca

Diam tak diam, Amanah Saham Bumiputera (ASB), unit amanah kedua Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang dilancarkan pada 2 Januari 1990 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, menyambut ulang tahun ke-35 pada tahun ini.

Sejak itu, ASB telah menjadi pilihan pelaburan utama rakyat Malaysia, terutamanya Bumiputera dalam merancang dan menguruskan kewangan mereka. Menurut kajiselidik Literasi Kewangan Malaysia RinggitPlus (RMFLS) 2024, produk ASNB kekal sebagai pilihan pelaburan paling popular. Setakat ini, ASB mempunyai 11.1 juta pemegang unit, iaitu 85% daripada 13 juta pemegang unit dalam semua dana unit amanah yang diuruskan oleh ASNB. Malah, ASB juga menawarkan peluang untuk membina kekayaan melalui pulangan yang stabil.

Alif, misalnya berusia 35 tahun yang mempunyai pelaburan dalam ASB, merupakan seorang Pengurus Projek di sebuah syarikat pembinaan dan kejuruteraan yang berpusat di Kuala Lumpur. Sudah berumahtangga dan dianugerahi tiga orang anak yang masing-masing berusia 10 tahun, 8 tahun dan 3 tahun. Alif mungkin sudah berada di puncak kerjaya dalam kehidupan peribadinya – memegang jawatan yang baik dan stabil, memiliki rumah kediaman selesa dan kenderaan untuk keluarga. Pada usia 35 tahun sama seperti ASB, ramai individu seperti Alif, rata-ratanya sudah berkeluarga. Kemampuan mereka untuk membuat keputusan kewangan dengan bijak adalah penting.

Selain itu, individu berusia 35 tahun seperti Alif juga cenderung merancang kewangan secara lebih menyeluruh yang merangkumi dana kecemasan, pendidikan anak, pelaburan hartanah, dan persediaan persaraan. Pada usia ini juga, pelaburan yang dipilih perlu mampu mengekalkan kekayaan dengan risiko kewangan yang terkawal.

ASNB-ASB-35-tahun

ASB telah memainkan peranan yang amat penting dalam meningkatkan kesejahteraan ekonomi rakyat Malaysia, khususnya Bumiputera. Dengan matlamat untuk menyediakan peluang pelaburan yang selamat dan menguntungkan, ASB telah berjaya membantu jutaan rakyat Malaysia menambah pendapatan dan merancang masa depan.

Pelaburan dalam ASB turut berperanan penting dalam memperkasa golongan Bumiputera agar lebih berdaya saing dan menyumbang kepada keteguhan ekonomi negara. Melalui dana yang terkumpul, PNB dapat melabur dalam syarikat-syarikat utama negara seperti Maybank dan Kumpulan Sime Darby, yang mana memberi pulangan yang menguntungkan kepada pemegang unit dan menyokong pembangunan sektor-sektor strategik.

Melalui pelaburan dana ASB dalam syarikat-syarikat terkemuka negara, secara tidak langsung ia turut menyumbang kepada penciptaan peluang pekerjaan, pengukuhan kapasiti perniagaan, dan peningkatan daya saing negara. Oleh itu, ASB bukan sahaja memberi manfaat kepada individu, tetapi juga kepada pembangunan ekonomi negara yang lebih inklusif dan seimbang.

Anda bagaimana? Manfaatkan peluang pelaburan dalam ASB agar anda mampu membina asas kewangan yang kukuh untuk kehidupan yang lebih stabil, sejahtera dan terjamin serta sama-sama membantu membina masa depan negara.

kempen-simpan-je-tambah-BM

Sementara sebagai usaha untuk mengurangkan kadar pengeluaran dalam kalangan pemegang unit yang biasanya meningkat selepas pengumuman dividen, ASNB telah melancarkan dua kempen iaitu “#SimpanJe & Tambah” dan “#SimpanJe & Menang” bermula 1 Januari hingga 31 Mac 2025. Kempen ini bertujuan memberi ganjaran kepada pemegang unit yang mengekalkan dan menambah simpanan mereka dalam suku pertama tahun tersebut. Sebagai contoh, dalam kempen “#SimpanJe & Tambah”, pemegang unit dengan baki pegangan minimum tertentu yang membuat pelaburan tambahan sehingga RM3,000 akan menerima pulangan tambahan 1.5% pulangan tahunan.

Sementara itu, pemegang unit yang menyertai “#SimpanJe & Menang” berpeluang memenangi hadiah menarik seperti pakej umrah, percutian ke Eropah, telefon pintar dan baucar e-dompet.

Bersama kita sambut ulang tahun ke-35 ASB dengan membuat keputusan kewangan yang bijak — mengukuh kedudukan kewangan rakyat, merentas generasi.