Wakaf Hari Ini, Pahala Berpanjangan

Satu Amalan Merentas Sempadan
Kebiasaannya, amalan wakaf sering dikaitkan dengan sumbangan berskala besar serta melibatkan aset tertentu. Namun begitu, hasrat untuk berwakaf sebenarnya sentiasa wujud dalam kalangan masyarakat dan orang ramai masih mencari cara yang lebih mudah dan praktikal untuk melaksanakannya.
Kini, dengan adanya Wakaf ASNB yang membolehkan pelabur untuk berwakaf melalui unit amanah serta kemudahan platform digital seperti myASNB wakaf dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan efisien. Dengan hanya beberapa langkah mudah, wakaf boleh dilakukan pada bila‑bila masa dan di mana sahaja, membuka peluang kepada lebih ramai individu untuk memulakan amalan wakaf.
Bagaimana Dari Simpanan ASNB, Menjadi Sumbangan
Melalui Wakaf ASNB, pelaburan anda bukan sahaja untuk manfaat masa depan malah dapat diperluaskan fungsinya sebagai sumbangan wakaf yang memberi manfaat berpanjangan. Pemegang unit ASNB boleh mewakafkan unit amanah yang dimiliki, sekali gus menukar pelaburan individu kepada pelaburan akhirat yang berterusan bagi kesejahteraan masyarakat dan pembangunan ummah.
Pada masa yang sama, objektif pelaburan unit amanah ASNB terus menjana pulangan kompetitif, memastikan nilai pelaburan berpeluang berkembang sambil menyokong sumbangan wakaf yang memberi impak berpanjangan.
Konsep Wakaf ASNB
Konsep wakaf unit amanah yang diperkenalkan oleh ASNBmenggabungkan elemen pelaburan dan instrumen wakaf, yang mana pemegang unit ASNB kini boleh melaksanakan wakaf dengan lebih mudah, terancang dan sistematik.
Inisiatif ini dilaksanakan melalui ASNB yang memperoleh pengiktirafan sebagai Mutawalli daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), sekali gus memastikan pengurusan wakaf dilaksanakan secara patuh Syariah dan berintegriti.
Wakaf ASNB, kini serendah RM100
Sebagai usaha memperluas penyertaan masyarakat, Wakaf ASNB turut memperkenalkan pilihan Wakaf Mampu Milik bermula serendah RM100, khusus melalui platform digital myASNB (aplikasi dan portal). Inisiatif ini tidak menggantikan wakaf sedia ada (minimum RM1,000), sebaliknya melengkapkan penawaran dengan menyediakan alternatif kepada golongan yang ingin menyumbang tetapi mempunyai kemampuan yang lebih terhad.
Melalui pendekatan ini, lebih ramai individu terutamanya generasi muda dan golongan berpendapatan sederhana dapat mula berwakaf secara lebih mudah, seterusnya memupuk amalan berwakaf secara berterusan. Dengan akses yang lebih fleksibel dan digital, Wakaf ASNB berperanan sebagai platform yang inklusif dalam memperkasakan sumbangan kepada pembangunan ummah.
Pendekatan Wakaf ASNB membolehkan:
Sumbangan Wakaf ASNB kepada Masyarakat
Wakaf merupakan satu bentuk sumbangan dalam Islam yang memberikan manfaat berpanjangan kepada masyarakat. Ia bukan sahaja membantu golongan yang memerlukan, malah berperanan penting dalam menyokong pembangunan sosial dan ekonomi secara menyeluruh. Melalui wakaf, harta yang disumbangkan terus dimanfaatkan untuk kepentingan ummah secara berterusan.
Bagi Wakaf ASNB, dividen hasil sumbangan wakaf akan disalurkan kepada projek serta penerima wakaf yang telah dikenal pasti melalui proses saringan dan penilaian yang teliti. Proses agihan ini dipantau oleh Jawatankuasa Pengagihan yang dilantik, bagi memastikan setiap sumbangan wakaf disalurkan secara berintegriti, berkesan dan berimpak tinggi. Pendekatan ini memastikan manfaat wakaf bukan sahaja berterusan, malah memberi kesan bermakna kepada penerima, komuniti dan negara.
Berikut ialah sektor agihan dana manfaat wakaf:
Antara impak utama agihan Wakaf ASNB termasuk:
- Membantu menyediakan akses kepada keperluan asas seperti makanan dan tempat tinggal
- Meningkatkan akses kepada pendidikan dan perkhidmatan kesihatan
- Menyediakan peranti perubatan, mesin serta sumbangan tabungan kesihatan kepada hospital
- Membina dan membaik pulih kemudahan awam seperti masjid, sekolah dan menyediakan bekalan air
- Menyokong pembangunan ekonomi serta mewujudkan peluang pekerjaan
- Membantu golongan rentan termasuk asnaf, orang kurang upaya (OKU) dan anak yatim
- Mengurangkan jurang sosial dalam masyarakat melalui agihan yang lebih inklusif
Agihan Dana Manfaat Wakaf ASNB
Setakat Januari 2026, sebanyak RM5,255,822.47 telah diagihkan sebagai dana manfaat wakaf kepada 295 projek. Antara 5 projek utama yang disalurkan dengan dana manfaat wakaf dalah seperti berikut:-
1. Hospital Sultanah Nur Zahirah- Sistem Laser Oftalmik untuk Retina
2.Hospital Rehabilitasi Cheras- Penggantian Hoist Siling di Wad Pesakit dan Bilik Fisioterapi
3.Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)- Aset kelengkapan operasi Darul Quran (Perempuan)
4. Hospital Port Dickson- Pembelian satu unit lori pelbagai guna
5.Hospital Kemaman- Penggantian set katil pesakit
Pencapaian RM100 Juta: Usaha Bersama Pewakaf ASNB
Kini, kutipan Wakaf ASNB telah mencapai RM100 Juta sepanjang empat tahun penubuhannya. Namun, pencapaian ini bukan sekadar satu angka. Ia mencerminkan usaha kolektif pemegang unit ASNB untuk memberi kembali kepada komuniti, di samping merebut peluang menjana pahala serta kebaikan berpanjangan untuk akhirat.
Hakikatnya, pencapaian RM100 juta ini lahir daripada kepercayaan berterusan pemegang unit terhadap ASNB dalam mengurus dana wakaf secara beramanah dan berkesan. Ia juga menjadi lambang semangat perpaduan dan kebersamaan dalam memperkukuh amalan wakaf, demi kesejahteraan ummah serta pembangunan negara secara inklusif dan mampan.
Bina Legasi dan Mulakan Wakaf Anda Hari Ini
Setiap sumbangan bukan sahaja memberi manfaat pada hari ini, malah terus berkembang dan memberikan impak berpanjangan kepada masyarakat. Seiring dengan usaha memperluas akses kepada amalan wakaf, ASNB turut menambah baik perkhidmatan Wakaf ASNB dengan memperkenalkan sumbangan minimum wakaf serendah RM100 melalui aplikasi myASNB
Dengan kemudahan yang tersedia, pelabur ASNB kini berpeluang memulakan amalan wakaf mengikut kemampuan sendiri secara mudah, teratur dan berterusan. Mulakan langkah hari ini, kerana setiap sumbangan yang diwakafkan bukan sahaja membina masa depan masyarakat, malah menjadi bekalan kebaikan yang mengalir, tanpa putus untuk selamanya.
