Hartanah: Kediaman atau Pelaburan?
Kita semua mempunyai impian untuk memiliki sebuah rumah, kecil pun tidak mengapa asalkan selesa. Namun begitu, harga rumah hari ini yang dianggap sebagai ‘kayangan’ menyebabkan ramai antara kita terpaksa melupakan seketika hasrat berkenaan. Sememangnya kemampuan kewangan merupakan faktor utama yang perlu dipertimbangkan kerana ia merupakan komitmen jangka panjang. Kebanyakan pembeli membayar ansuran bulanan sehingga pencen, malahan ada yang lebih lama daripada itu. Bagaimana menilai kemampuan kita membeli rumah?
Selain keupayaan membayar deposit dan kelayakan mendapatkan kelulusan pinjaman, apakah sebenarnya definisi ansuran bulanan yang perlu kita fahami untuk menilai kemampuan jangka panjang? Dengarkan penjelasan Encik Aizac Ismail untuk maklumat lanjut.