Ingin kira penjimatan jika anda kurangkan secawan kopi seminggu?

Bina Ketahanan Kewangan, Miliki Kereta Impian

Winners of Pandu Impianmu Gen Labur Campaign
ASNB
ASNB Academy

6 minit masa membaca

Bina Ketahanan Kewangan, Miliki Kereta Impian  

Kereta sering dianggap sebagai simbol status dan kejayaan, justeru ramai yang sanggup menanggung komitmen kewangan jangka panjang demi merealisasikan impian memiliki kereta idaman. 

Kita yakin kita layak dan mampu apabila bank meluluskan pinjaman, tetapi realitinya ada banyak persoalan dan analisis yang perlu dilakukan sebelum sebarang komitmen jangka panjang ditandatangani, lebih-lebih lagi jika komitmen itu jelas bukan satu keperluan. 

Oleh itu, sebelum mengikat diri dengan kereta idaman, semak checklist ini terlebih dahulu: 

  1.  Perubahan fasa kehidupan (3–5 tahun akan datang): Contohnya perkahwinan, tambahan anak atau anak yang meningkat dewasa akan meningkatkan kos sara diri dan keluarga. Komitmen kereta yang terlalu tinggi boleh menjejaskan kestabilan kewangan. 
  2. DSR sebelum dan selepas membeli kereta:  Jika ansuran kereta baharu menyebabkan DSR melebihi 40%, pertimbangkan semula hasrat tersebut. Pilih kereta berdasarkan kemampuan dan keperluan, bukan kehendak; 
  3. Tabung Kecemasan menyamai 6 bulan gaji semasa: Jika belum ada atau belum cukup, lupakan hasrat menambah komitmen hutang, sebaliknya mula melabur untuk bina tabungan; 
  4. Pembelian ini mengurang atau menghentikan komitmen pelaburan:  Jika ya, lupakan saja dan fokus untuk melabur demi membina aset. Kereta ialah liabiliti yang susut nilai, manakala pelaburan membantu ketahanan kewangan jangka panjang. 
  5. Kereta ini keperluan atau simbol status semata-mata: Jawab dengan jujur kerana jawapan anda memberi kesankepada kewangan jangka panjang, lebih-lebih lagi jika kereta itu memang diluar kemampuan kewangan anda. 

Impian Hari Ini Atau Aset Jangka Panjang  

Kereta impian mungkin memberi status dan keselesaan, tetapi pilihan kewangan yang bijak membantu membina aset and memberi ketenangan.  

Lihat dua senario berikut. Dua kereta berbeza, dua realiti berbeza. Ahmad membayar RM503 setiap bulan manakala Amir RM1,005 setiap bulan. Ahmad membiayai keperluan manakala Amir membiayai status dan kehendak. 

*Pengiraan menggunakan Kalkulator Pinjaman Kereta di ASNB Academy. 

Kereta sebagai keperluan membawa anda ke destinasi dengan selamat, kereta sebagai simbol status juga membawa anda ke destinasi dengan selamat. Buat pilihan bijak untuk kewangan lebih baik. 

Bagaimana jika Amir hanya membeli kereta berharga RM45,000 dan mengenepikan RM500 untuk melabur? 

Berikut ialah jumlah pelaburan terkumpul dalam tempoh 9 tahun: 

*Pengiraan menggunakan Kalkulator Pelaburan Berkala di ASNB Academy  

Dengan menangguhkan pembelian untuk status dan kehendak, Amir berpeluang membina ketahanan kewangan jangka panjang menerusi pelaburan. 

 

Tidak salah untuk Amir membeli kenderaan lebih mahal pada masa depan apabila lebih berkemampuan, yang penting strategi bijak Amir hari ini membolehkan dia mempunyai aset berupa pelaburan. 

 

Strategi Lebih Bijak 

Strategi lebih bijak ialah membeli kereta berdasarkan kemampuan dan melabur secara konsisten minimum RM500 dalam ASB atau unit Amanah ASNB yang lain. 

Mana tahu, anda mungkin membawa pulang sebuah BMW 320i M Sport yang ditawarkan menerusi kempen Pandu Impianmu 2.0 yang sedang berlangsung sekarang sehingga 31 Mac tahun depan. 

 

Hadiah lain yang ditawarkan termasuklah sebuah Proton e.MAS 7, enam buah Perodua Bezza, 5 keping kad Petronas bernilai RM5,000; 20 Pakej Penginapan (3H2M di Hard Rock Hotel Penang dan 3H2M di Hard Rock Hotel Desaru) dan 100 PIN Touch ‘n Go Reload bernilai RM1,000. 

Kempen ini terbuka kepada semua pelabur ASNB. Untuk menyertai, pelabur hanya perlu mendaftar dan melabur minimum RM500 dalam mana-mana unit ASNB bagi melayakkan diri menerima satu tiket cabutan.  

Untuk layak sebagai pemenang, pelabur perlu mempunyai Simpanan Bersih minimum RM500 dalam tempoh kempen.