Ingin kira penjimatan jika anda kurangkan secawan kopi seminggu?

Cukai Pendapatan: Mengapa bayar lebih baik?

cukai-pendapatan
ASNB
ASNB Academy

3 minit masa membaca

Sepertimana biasa, bulan Mac setiap tahun merupakan bulan untuk kita membuat taksiran cukai pendapatan.

Satu ketika dahulu, membuat taksiran cukai pendapatan memang agak memeningkan hingga ramai yang tidak melakukannya.

Namun begitu, pada masa ini, membuat taksiran cukai pendapatan semakin mudah kerana kita hanya isi borang e-filing secara dalam talian.

Jadi, jangan lagi memandang ringan tanggungjawab kita sebagai seorang warga Malaysia untuk membuat taksiran cukai pendapatan.

Ramai juga yang enggan membuat taksiran cukai kerana berasa ia merugikan, namun tahukah ada antara kita sebenarnya lebih rugi apabila tidak melakukannya.

Ini kerana sebahagian besar daripada mereka yang bekerja sebenarnya telah membayar cukai pendapatan setiap bulan menerusi Potongan Gaji Berjadual.

Sebenarnya ada beberapa sebab mengapa kita kena buat taksiran cukai dan antara yang paling penting ialah kerana kebanyakan daripada kita sudahpun membuat Potongan Cukai Berjadual (PCB).

Bagaimanapun PCB tidak mengambil kira potongan dan pelepasan serta rebat yang diberikan kerajaan untuk membolehkan kita mengurangkan jumlah cukai kena bayar.

Sekiranya kita tidak membuat taksiran cukai, ada kemungkinan kita membayar cukai lebih daripada yang sepatutnya dan kita tidak menerima semula lebihan cukai yang sepatutnya.

Lebihan cukai ini boleh digunakan untuk banyak perkara antaranya seperti melabur untuk membina tabung kecemasan dan membayar hutang.

Jadi, buatlah taksiran cukai pendapatan anda supaya anda dapat meminimumkan jumlah cukai perlu dibayar dan menerima lebihan yang sepatutnya.

Malahan oleh kerana PCB meningkat seiring gaji yang meningkat, sikap mengelak atau menangguh membuat taksiran hanya akan merugikan kita untuk jangka panjang.

Jangan mengelak daripada membuat taksiran kerana jumlah cukai akan terkumpul dan anda mungkin boleh didakwa kerana kelalaian ini.

Cuma pastikan semua resit-resit berkaitan potongan, pelepasan dan rebat yang dituntut disimpan untuk tempoh sekurang-kurangnya 7 tahun.