Banyak yang menarik di MSAM 2023

Permodalan Nasional Berhad sekali lagi menganjurkan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) yang diadakan di Bertam, Pulau Pinang bermula 30 September hingga 8 Oktober membawakan pelbagai aktiviti dan hadiah menarik
Pengunjung berpeluang memenangi pelbagai hadiah bernilai hampir RM1.4 juta, antaranya rumah teres setingkat di Setia Fontaines, Pulau Pinang, BYD Atto 3 Standard Range, Toyota Vios 1.5G AT, Perodua Axia 1.0L AV, Yamaha MT25 dan Apple iPhone 14 Pro Max.
Bertemakan 'Bijak Melabur, Santai Berhibur' katanya, ia selaras dengan aspirasi PNB untuk meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan rakyat.
MSAM 2023 ini juga akan menerapkan elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam gerai pameran, aktiviti dan kandungan.
Ahmad Zulqarnain Onn, Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan PNB berkata, “MSAM diteruskan sebagai agenda tahunan sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2000. Bertemakan “Bijak Melabur, Santai Berhibur”, selaras dengan aspirasi PNB untuk meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia, buat pertama kalinya MSAM 2023 akan dianjurkan secara hibrid.
MSAM 2023 turut disertai oleh syarikat strategik PNB termasuk Maybank Bhd, Sime Darby Plantation Bhd, UMW Holdings Bhd dan SP Setia Bhd.
Selain itu ia turut mendapat sokongan Sime Darby Property Berhad, Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF), Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), MNRB Holdings Berhad, Sime Darby Berhad, Duopharma Biotech Berhad dan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas).
MSAM 2023 menyediakan pelbagai aktiviti pendidikan pelaburan dan pameran yang disertai kira-kira 50 pempamer terdiri daripada syarikat Kumpulan PNB, ejen ASNB, badan kawal selia dan agensi kerajaan negeri.
