Berita & Makluman Terkini
Dapatkan berita kewangan terkini dan makluman penting
Berita
Berita
OPR diramal kekal stabil 3.0 peratus sepanjang tahun
Public Investment Bank (PIVB) Research menjangkakan Kadar Dasar Semalaman (OPR) Malaysia kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2024.
Berita
Berita
Momentum inflasi dijangka meningkat suku kedua 2024
RHB Investment Bank Bhd menjangkakan momentum inflasi meningkat pada suku kedua 2024 berikutan pelarasan dalam cukai perkhidmatan dan jangkaan pelancaran rasionalisasi subsidi diesel.
Berita
Berita
Harga emas pukal rekod paras tertinggi, RM338.44 segram
Harga emas pukal melonjak ke paras tertinggi selepas dolar Amerika Syarikat (AS) dan hasil bon berada pada paras lebih rendah ekoran langkah Rizab Persekutuan (Fed) mengekalkan unjuran tiga pemotongan kadar faedah tahun ini.
Berita
Berita
Malaysia dijangka catat KDNK 4-5 peratus pada 2024 - Bank Negara
Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang antara 4.0 dan 5.0 peratus pada 2024, disokong oleh permintaan dalam negeri yang terus berkembang dan peningkatan permintaan luaran, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
Berita
Berita
Bursa Malaysia melonjak 16.98 mata hari ini
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) memperoleh 16.98 mata kepada 1,555.59 untuk ditutup pada kedudukannya harian tertinggi berbanding penutupan Isnin iaitu pada 1,538.61. Indeks penanda aras dibuka 0.11 mata lebih baik pada 1,538.72 dan kemudiannya mencecah paras terendah harian pada 1,537.94.
Berita
Berita
Ringgit susut ke paras terendah 26 tahun berbanding dolar AS
Pada sekitar jam 5 petang ini, ringgit berada di paras 4.795 susut 0.41 peratus berbanding penutup semalam. Jika disingkap semula, mata wang negara mencapai paras terendah dalam sejarah iaitu 4.88 pada Januari 1998 iaitu ketika kemuncak Krisis Kewangan Asia. Paras terbaharu hari ini juga mengatasi paras terendah harian yang dicatat pada 23 Oktober 2023 lalu iaitu 4.7925.