Want to calculate the savings if you reduce one cup of coffee a week?

Emas: Pelaburan Kalis Inflasi?

157 plays
1 likes

Kita sering mendengar pelaburan emas mampu untuk mengatasi inflasi. Ini terbukti dengan sejarah rekod harga emas yang naik sejak 20 tahun lepas. Namun adakah patut kita laburkan semua wang dalam pelaburan ini? Terlebih dahulu kita kena kenalpasti tujuan pelaburan. Jika tujuan pelaburan anda adalah jangka pendek seperti membina tabung kecemasan, maka pelaburan emas bukanlah platform yang sesuai. Perubahan harga emas dalam tempoh masa tersebut mungkin boleh memberi kesan kepada nilai pelaburan anda. Anda mungkin mengalami kerugian sekiranya harga emas turun disaat anda mahu mengeluarkan wang untuk tujuan kecemasan. Jadi apakah kaedah yang sesuai untuk melabur dalam pelaburan emas dan bagaimana membina portfolio pelaburan yang ideal bagi melindungi nilai wang daripada mengecil disebabkan inflasi? Jom dengarkan penjelasan daripada Mr Peter Yong, pengasas saluran YouTube Mr Money TV mengenai pelaburan emas. Ada lebih banyak video menarik menanti anda di YouTube ASNB Academy: https://www.youtube.com/@asnbacademy